Connect with us

Hiburan

“Sikit lagi nak kena hantar rumah mak aku”- Mirul

Published

on

World Wide24.com 822da23d9a731c926faebdbea011d378

Siapa yang tidak mengenali pelakon jelita Ain Edruce yang juga merupakan seorang model, penyanyi dan pengacara di Malaysia. Ain Edruce juga sebelum ini terkenal dalam mengacarakan rancangan Mbuzz, I Can See Your Voice Malaysia dan banyak lagi. Sebelum melibatkan diri dalam pengacaraan, Ain Edruce merupakan seorang model sejak dari zaman belajar.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Selepas berjaya membina kerjaya sebagai seorang model, Ain Edruce berjinak-jinak dalam bidang nyanyian, pengacaraan dan seterusnya menjadi pelakon. Kini Ain juga kian aktif di media sosialnya sebagai seorang ‘content creator’.

World Wide24.com 84cf19deadd73b4e1a6c20ebd70e9727

Walaupun aktif sebagai ‘content creator’ namun Ain Edruce tidak berhasrat untuk meningg4lkan industri seni tempatan dan masih lagi menganggap bidang pengacaraan dan lakonan sebagai pekerjaan hakiki beliau.

Ain atau nama sebenarnya, Nurul Ain Edruce mengakui kepentingan menghasilkan kandungan menarik di media sosial mendapat permintaan yang semakin meningkat namun dirinya tidak akan meningg4lkan bidang seni yang telah banyak membuka ruang rezeki untuknya.

World Wide24.com B5430a0a8fbc5c5a0b71cbad435072a8

Sering kali tampil dengan konten yang segar dan lucu untuk promosi produk, Ain berkata beliau selesa untuk berlakon dan menjayakan video promosi produk bersama suami dan anaknya.

Sejak dahulu, Ain kerap meminta bantuan suaminya untuk membuat video promosi produk di media sosialnya sehingga suaminya juga menjadi perhatian para peminat beliau. Gelagat suaminya yang merupakan seorang yang pemalu dan menunjukkan riak wajah tanpa perasaan cukup menghiburkan para peminat.

World Wide24.com B171f41602f38aa1b88e2b6bcf8154e3

Di awal video promosi produk yang di rakamkan Ain, reaksi wajah suami Ain sering menjadi sorotan utama Netizen. Selain tidak menghafal dialog dan sering terlupa untuk mengikut jalan cerita yang di rancang bersama isterinya, Amirul juga tidak pandai untuk menunjukkan reaksi muka yang bersesuaian dengan lakonan bersama isterinya itu.

Bagaimanapun ibarat kata pepatah “practice makes perfect” lama kelamaan Amirul sudah boleh mengikut rentak isterinya dan sudah mampu berlakon untuk mempromosikan produk  dengan baik bersama reaksi wajah yang tepat bersesuaian dengan babak yang di lakonankan beliau bersama isterinya.

Perkongsian terbaru di Instagram Ain memaparkan satu lagi video promosi produk yang mencuit hati bersama suaminya. Kali ini Ain bersama suaminya itu mempromosikan produk untuk melangsingkan badan iaitu breakout.

Amirul juga memberikan kerjasama dengan baik dan tidak lagi kelihatan “terpaksa” untuk berlakon video promosi itu bersama isterinya.

Antara dialog lucu yang di ucapkan Amirul dalam video tersebut “sikit lagi nak kena hantar rumah mak aku” apabila beliau menegur kelakuan Ain yang sedang berehat sambil menikm4ti minuman breakout namun kemudiannya di tegur kembali oleh isterinya.

World Wide24.com 584bc317718af190d27ac4a5a0b11aa8

Menjengah ke ruangan komen, rata- rata Netizen sememangnya terhibur dengan video lakonan promosi produk pasangan suami isteri itu.

Ada sahaja idea mencuit hati dan menghiburkan daripada pasangan suami isteri tersebut tampilkan sebagai kelainan untuk mempromosikan produk di media sosial mereka.

Netizen juga memuji bakat lakonan Amirul yang semakin bertambah baik dan memberikan sepenuh kerjasama untuk menghasilkan lakonan yang mantap bersama Ain. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

World Wide24.com 8ede27dc0d8656befab8142b1670216d

Sewaktu di soal mengenai penglibatan ahli keluarga di dalam video promosi produk, Ain berkata beliau mengakui menjadikan keluarganya sebagai ‘content’ untuk di muat naik di media sosial. Bagi Ain sendiri, selagi boleh digunakan, masukkan saja semuanya.

Malah Ain juga sudah merancang jika ada anak kedua nanti, beliau juga akan gunakan sebagai ‘content’. Bukan apa, semua itu rezeki. Bukan untuk orang lain, buat mereka juga.

Sumber: ig ainedruce

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!