Connect with us

Hiburan

“Siiot tol melompat ko” – Salina Saibi

Published

on

Erinsakura D28bed8783babd30fb9ad9cd4ff78e4a

Siapa sangka gadis cantik manis Shiha Zikir merupakan seseorang yang sangat suka membuat lawak? Pergi sahaja ke akaun Instagram milik Shiha, berlambak video lucu hasil perkongsiannya kepada para followers. Pasti ada sahaja aksi Shiha yang mencuit hati seterusnya membuatkan netizen tertawa. Kalau tengok secara luaran, nampak ayu dan sopan sahaja Shiha ni. Rupa-rupanya, gadis berwajah comel ini menyimpan pelbagai watak yang lucu.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Artis yang terkenal di Indonesia ini mempunyai akaun TikTok yang acapkali digunapakai oleh Shiha untuk memuatnaik videonya membuat parodi ataupun ‘lip sync’. Min jamin, memang berdekah tawa korang apabila melihat aksi beserta dengan reaksi lucu Shiha ini.

Erinsakura 22e01de52fbc88f62c8bbf3783ba854b

Walaupun sudah 3 hari yang lepas Shiha memuatnaik video TikToknya menerusi akaun Instagramnya, namun video tersebut tetap boleh dilihat dalam ruangan aplikasi Instagram yang tengah viral. Apa tidaknya, aksi Shiha yang sedang meniru gaya percakapan lelaki yang berperwatakan wanita itu sangat-sangat bersesuaian dengan bahasa badan Shiha yang lawak.

Memang sesuai sangat Shiha ni berlakon watak lucu. Siap dengan gaya melompat lagi Shiha semasa melakukan ‘lip sync’ tersebut. Kononnya Shiha tengah risau jika ada yang meminati dirinya. Kata Shiha lagi, dia hanya mencintai dirinya. Kehkehkeh. Padan benar gaya terkejut Shiha dengan dialog video tersebut.

Erinsakura B10f2dec001c78fcfb8b90e1b7683986

Shiha yang merupakan salah seorang peserta rancangan realiti Akademi Fantasia dan Mentor sudah mencecah umur 33 tahun namun masih kelihatan seperti baru menginjak awal 20-an. Mungkin disebabkan oleh hobi Shiha yang suka berlawak, maka wajahnya juga kelihatan awet muda.

Selain itu, Shiha juga ada memuatnaik satu lagi video dimana dia menggunakan aplikasi ‘Reface’ dan wajah Shiha disini berubah menjadi orang tua yang tinggal satu gigi. Lantas fikiran min teringat kepada lagu ‘burung kakatua’ yang mana lirik lagu tersebut ada menyatakan mengenai seorang nenek yang mempunyai sebatang gigi saja lagi.

Erinsakura 9c88f8c7dd258f20dbc52f71555278be

Video perkongsian Shiha ini berjaya meraih sebanyak 123,046 tontonan dan 353 komen. Amboi, banyak betul yang terhibur dengan video Shiha ni kan. Para artis terkenal seperti Catriona Ross, Salina Saibi dan Yana Samsudin turut terhibur dengan video pendek Shiha ini dan tidak lupa untuk mngalkan komen dalam ruangan komen.

Rata-rata netizen juga tertawa melihat aksi Shiha dalam video tersebut. Ramai yang mengatakan bahawa mereka ‘ghisau’ melihat telatah lucu Shima yang cukup mencuit hati.

Erinsakura F5f6d67fc58e0f735f828328c13b1464

Ternyata selebriti yang mempunyai perwatakan yang lucu tetap menjadi pilihan para peminat. Tidak juga bosan netizen melihat asyik-asyik selfie rupa sahaja setiap hari kan. Harap selepas ini Shiha kongsikan lagi video lucu ya. Tak sabar nak lihat aksi Shiha yang seterusnya. Hehehehe.

Sumber: Instagram Shiha

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!