Connect with us

Hiburan

“Mulut aku pun turut herok bila tgk mulot Nabila” – Netizen

Published

on

Erinsakura E5bf37d413e81d17a5dd8313a7b4a9eb

Sudah namanya pelakon, sudah pastinya dapat melakonkan sesuatu watak dengan begitu jayanya. Namun tak semua mudah menjadi. Lebih menjengkelkan kalau watak hendak dibawa tidak kena gaya, malah nampak canggung di mata penonton. Sudahnya mereka akan merasa membuang masa dengan aksi yang hendak dipertontonkan. Pendek kata hanya yang berbakat saja mampu melakukannya.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Barangkali, selain bakat, latihan padu boleh membantu. Jangan lupa juga ada pula golongan dilahirkan dengan bakat semulajadi mampu menjadi pelakon atau meniru gaya seseorang seperti diingini. Ia bukan sesuatu yang mudah bagi yang ‘bukan ahlinya’.

Erinsakura 2358ff01ff483a17193b3221fcf2b2ab

Pelakon berbakat besar yang seorang ini nampaknya berjaya membuktikan kelebihannya dalam perkara itu. Lihat sajalah cubaannya meniiru aksi penyanyi popular tanahair, Ziana Zain atau ZZ yang dikongsikan dalam Instagram nya. Ramai yang terpegun dan memberikan komen ‘sebijik’

Penulis pun pada mulanya tanpa menguatkan volume dan tidak membaca komen dalam status aksi dikongsikannya itu menyangka wanita terbabit adalah Ziana yang sebenarnya. Rupanya tipah tertipu dibuatnya…huh

Erinsakura C34ce5d81085a981c0211797e821432d

Nampaknya, memang ramai netizen yang bersetuju ‘peniiruan’ Nabila itu sangat menjadi. Dari mata, kening, mulut yang herot berot hingga kaki dan pemakaiannya termasuk cara bertudung sangatlah sama.

Pendek kata, kalau kak ZZ tak dapat datang buat show, letak gantikan Nabila di situ, boleh saja dia miming pasti orang tak akan perasan pun itu bukan kak ZZ. Aksi cuba meniru gaya ZZ itu juga buat netizen tak kering gusi. Kagum dan menghiburkan.

Erinsakura 8c68aaa8c2b34f7351f208e48b5a50ef

Dalam video dikongsikan, Nabila atau mesra dipanggil Abil ini meniru aksi Ziana ketika menyanyikan lagi bertajuk ‘Kekal’. ” Puas betol part “Kesepian” dia tu. Haha.. Miss you kak gee. Yang belakang tu punnnn..Dia mengarah je ekkkk,” coret Abil yang sempat tag nama Ziana dan ‘pengarah’ berkenaan.

Dalam pada itu, ramai rakan artis Abil dan netizen yang memberikan komen bahawa gaya dan mimik mukanya sangat saling tak tumpah seperti Ziana. Pastinya selain bakat ada padanya, paduan mekap ala penyanyi itu juga membantu. Terbaiklah.

Erinsakura 753ac5db444e8acca3b63099d3e14874

Ya, walaupun Nabila hebat berlakon, begitupun kelihatan beliau tidak cuba mengikut jejak langkah bapanya, Amy Search yang merupakan otai dalam bidang nyanyian. Sebaliknya Nabila lebih menonjol dalam bidang lakonan.

Apa pun memang bakatnya tidak perlu dipertikaikan lagi. Memetik laporan media, memulakan kerjaya lakonannya pada 2001 semasa menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, di awal penglibatannya, Nabila menguruskan kerjayanya sendiri dan belajar mengenai seni lakonan ketika berada di lokasi penggambaran. Hebat

Sumber : Ig Nabila Huda

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!