Connect with us

Hiburan

“Astagfirullah aurat” – Netizen

Published

on

Erinsakura B5c5d8844d4c09723834cae1b04b02f6

Sebut sahaja fasal selebriti lelaki sado, mesti artis pertama yang terlintas di dalam fikiran korang ialah Aaron Aziz, bukan? Dari dulu hingga sekarang, memang perkara pertama yang membuatkan Aaron menonjol selain daripada bakat lakonannya ialah badannya yang sado. Acap kali Aaron melakonkan watak sebagai seorang pegawai polis dan ternyata ianya sangat bersesuaian dengan penampilan Aaron yang sasa.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Sebelum ini, Aaron pernah mengongsikan gambarnya yang tidak memakai baju. Posting Aaron yang terdahulu mendapat reaksi yang berbeza daripada netizen. Ada netizen yang terpesona dengan susuk tubuh Aaron yang sasa dan juga yang menegur Aaron agar tidak sewenang-wenangnya menayangkan aurat.

Erinsakura 5f916e321f498271794eb41f4ab1dab2

Terbaru, Aaron sekali lagi memuatnaik fotonya yang tanpa memakai baju dan seperti biasa, foto seperti ini pasti akan menarik perhatian seluruh warganet. Seperti yang kita sedia maklum, rakyat Malaysia memang sangat sensitif dalam hal-hal yang berkaitan dengan aurat.

Para artis juga tidak terkecuali daripada ditegur oleh netizen. Kadangkala, ada netizen yang menegur artis secara sopan dan halus. Namun ada juga yang langsung mem4ki hamun dan memperlekehkan artis yang berkenaan.

Erinsakura C3e5ceb26d80d3853d8e50cc13cf91c3

Foto Aaron yang tanpa memakai baju ini mendapat pelbagai reaksi serta komen daripada para followers Instagramnya. Masakan tidak, lengan dan dada Aaron yang berotot sado itu dapat diamati dengan jelas sekali oleh warganet.

Mungkin foto Aaron ini digunakannya untuk mempromosikan sesuatu produk ataupun filem baharu, namun tidak begitu jelas kerana tiada caption yang tepat disertakan Aaron. Sudah tentu ramai yang berfikir bahawa Aaron hanya sesuka hati untuk memuatnaik foto sedemikian tanpa memikirkan kesan baik dan bur0k.

Erinsakura F7a713499f964a7deab8e56f11e337ed

Kebanyakan rakan artis Aaron seperti Shuib, Awi Rafael dan Shah Iskandar memuji foto perkongsian Aaron sama seperti sebahagian netizen. Namun, ada juga yang sempat menegur Aaron kerana sewenang-wenangnya menayangkan aurat di hadapan jutaan mata followers.

Tuduhan Aaron walaubagaimanapun disangkal apabila ada netizen yang membalas komen tersebut dengan menyatakan bahawa foto Aaron ini tidak sepatutnya dipertikaian atas tuduhan menayangkan aurat kerana aurat lelaki hanya bermula dari pusat sampai ke lutut.

Erinsakura Ac6c167a33efdda02eae7fb8034a79be

Salah seorang followers Instagram Aaron pula memberitahu bahawa memang benar kenyataan mengenai aurat lelaki yang bermula daripada pusat hinggalah ke lutut. Tetapi, bagi orang luar, keseluruhan badan lelaki sebenarnya adalah aurat.

Ada juga netizen yang mengatakan bahawa bahagian dada lelaki juga sepatutnya tidak boleh ditayangkan kepada orang awam kerana takut-takut perkara tersebut boleh menimbulkan nfsu gh4iirah si penonton. Anda pula sokong kenyataan yang mana satu? Kalau min, min tak kisah sangat pun. Tu semua pilihan Aaron. Jadi, suka hati Aaron lah. Hehehe..

Sumber: Instagram Aaron Aziz

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!