Connect with us

Hiburan

“Jahaanam semua dah kena b0moh dgn mak yek” – Jasmin Hamid

Published

on

Erinsakura 146747c17c8097170bc058e6b3d58f27

Sejak kebelakangan ini, Didie Alias ataupun lebih mesra dipanggil sebagai Mummy oleh kebanyakan rakan artis dan para peminat, sering tampil dengan pelbagai video TikTok yang mencuit hati. Kalau sebelum ini Mummy pernah bergabung dengan Syafie dan Reen Rahim, kali ini giliran Mummy berdansa dengan Fahrin Ahmad, Ruhainies dan Lia Natalia pula.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Seperti biasa, kalau Mummy sudah mula berlawak, memang tiada penghujungnya. Mummy, Ruhainies dan Lia yang kononnya sedang berebut Fahrin seperti dalam babak cinta segi 3 membuatkan penonton tak kering gusi melihat gelagat lucu mereka berempat. Bukan setakat cinta segi 3 tau Mummy, tapi dah sampai peringat cinta segi 4.

Erinsakura 79d31b806681b29d082bb311de86c8eb

Mummy sememangnya dikenali disebabkan hobinya yang suka berlawak. Pelakon-pelakon veteran ini selalunya kalau korang perasan, sangat gemar untuk berlawak. Sama juga seperti Roy Azman. Alahai, ada-ada sahaja video lucu yang dikongsikannya.

Video asal TikTok Mummy ini dimuatnaik pada 21 jam yang lalu menerusi akaun Instagramnya. Setiap hari ada sahaja ‘content’ lucu yang dihidangkan oleh Mummy buat para followersnya. Patutlah ramai netizen yang menjadi followers Mummy, rupa-rupanya akaun Instagram Mummy dipenuhi dengan video lucu.

Erinsakura Db5a8c4901719689285a030215adeebc

Menerusi video perkongsian Mummy yang berdurasi lebih kurang 50 saat itu, ianya sudah berjaya meraih sebanyak 50,948 tontonan dan 116 komen daripada warganet.

Dalam video tersebut, Fahrin kononnya menjadi rebutan tiga wanita untuk dijadikan pasangan menari. Namun yang berjaya mencuit hati netizen adalah apabila tiba giliran Mummy menari bersama-sama Fahrin. Siap lilit kain selendang lagi di leher Fahrin. Nasib baik juga Fahrin tidak tercekik ya Mummy. Kehkehkeh.

Erinsakura 8b1dc8255455404b380039b8fd9e87ab

Video perkongsian Mummy ini mendapat komen dari netizen dimana rata-rata netizen terhibur dengan aksi lawak serta lain dari yang lain Mak Yek. Tak tahulah min mahu ketawa atau kasihankan Fahrin apabila sampai babak Mak Yek mencekik Fahrin menggunakan selendang.

“Jahaanam, Ketahuilah wahai umat manusia yang bahawa daku terjebak dan terjebak.. semua gara-gara dak-dak dan nek-nek tiktok Ruhainies, Lia Natalia dan Mummy,” ujar Fahrin dalam ruangan komen seraya berseloroh.

Erinsakura 1fde6997f966f4240722455e9eb868cb

Seronok juga melayan video-video lucu selebriti seperti Mummy ni kadang-kadang. Hiilang juga stress asyik baca berita yang negatif dalam media sosial. Sekurang-kurangnya, ringan juga kepala apabila ternampak video mereka yang bergurau senda.

Sumber: Instagram Didie Alias

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!