Connect with us

Hiburan

“Alolooo cucu atok dah sampai” – Zarina Zainuddin

Published

on

Bagi keluarga yang sudah lama tidak bertemu sesama sendiri disebabkan oleh cvd, sudah semestinya perkara pertama yang dilakukan apabila Perdana Mnteri mengumumkan kebenaran untuk rentas negeri ialah berjumpa dengan kedua-dua orang tua kita yang berada jauh dari kita. Makin-makin lagi bagi pasangan suami isteri yang sudah dikurniai dengan cahaya mata namun masih belum berkesempatan untuk menemukan anak-anak dengan ibu bapa.

Apabila wujud saja peluang untuk merentas negeri, sudah pasti masing-masing sudah tidak sabar untuk melihat penambahan ahli keluarga yang baharu. Seperti pelakon terkenal Zahirah Macwilson, baru-baru ini beliau ada mengongsikan video mengenai perjumpaan pertama anaknya Isaac bersama dengan ayahnya.

Sudah tentu kehadiran Isaac disambut dengan begitu gembira sekali oleh ayah Zahirah. Walaupun belum pernah berjumpa, namun hubungan diantara Isaac dan datuknya tampaknya begitu rapat sekali seolah-olah masing-masing dapat mengenali pertalian yang ada.

Rapat sekali Isaac dengan datuknya. Biasanya budak kecil menangis apabila berada di pangkuan orang yang tidak pernah atau jarang dilihatnya. Namun, Isaac langsung tidak menangis apabila didukung oleh datuknya. Malahan, Isaac kelihatan gembira dan sering tertawa.

Menurut Zahirah, hari tersebut merupakan hari pertama Isaac bertemu dengan datuknya dan ayah Zahirah akhirnya bertemu dengan cucu pertamanya. Bayangkan perasaan gembira ayah Zahirah apabila Isaac berada di dakapannya. Sudah tentu dia berasa terharu dan gembira.

Isaac juga tidak ketinggalan untuk memeluk erat datuknya sambil tersenyum manja. Hati siapa yang tidak luluh melihat senyuman Isaac yang comel ini kan? Siap lagi Isaac dan atuk berdialog sambil melihat ke luar jendela. Entah apa sahaja topik mereka berdua ini.

Video perkongsian Zahirah ini telah dimuatnaik menerusi akaun Instagramnya sejak 2 hari yang lepas lagi dan berjaya meraih sebanyak 200,291 likes dan 1,869 komen yang mana rata-rata warganet turut dapat merasakan rindu yang dirasai oleh ayah Zahirah ini kepada anak serta cucunya.

Rakan artis Zahirah seperti Hannah Delisha, Mira Filzah, Saiful Apek, Nad Zainal dan Zarina Zainuddin turut tidak ketinggalan untuk memeriahkan lagi ruangan komen posting Zahirah ini.

“First time jumpa pun dah mesra..dia tahu atuk dia,” ujar salah seorang followers Instagram Zahirah.

Perkongsian Saiful Apek menerusi ruangan komen sedikit sebanyak telah membuka mata kebanyakan netizen.

“Syukur. The richest person in the world, is the one who have everything that money cannot buy. It is health, love and family.”

Oleh itu, hargailah dan sayangilah keluarga anda selagi mereka masih bersama-sama dengan kita di dunia yang fana ini.

Sumber: Instagram Zahirah Macwilson

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Facebook

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!