Connect with us

Hiburan

Sebak tengok reaksi Ayah Kilafairy bila tahu anaknya sudah berhijab

Published

on

Erinsakura E035305b5a603c5b4a349aaf2cd14a1c

Keputusan yang dibuat oleh pelakon dan penyanyi Kilafairy untuk berhijab sangat mengejutkan ramai pihak ekoran sebelum ini penampilan beliau dalam berpakaian sangat sinonim dengan imej yang agak s3ksi. Walaubagaimanapun sejajar dengan usia yang semakin meningkat, beliau menyuarakan hasrat untuk memperbaiki diri kearah yang lebih baik dengan mengambil langkah untuk menutup aurat.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Mengambil berkat bulan syawal yang mulia, Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan akhirnya telah terbuka hati untuk berhijab dan mengumumkan mengenai keputusan itu kelmarin.

Erinsakura A17031257b151fea6b7bd9faa9fc09db

Kelihatan lebih matang dengan penampilan barunya itu, usahawan produk berasaskan kesihatan KilaFit itu memohon doa semua agar beliau terus istiqamah. Sesuai dengan imej berhijab, beliau juga mula berpakaian dengan lebih sopan secara perlahan-lahan.

Erinsakura Bd7278dbe3f68ce7a7b6dab6e796e762

Kilafairy baru sahaja mencipta saluran y0utube beliau sendiri dan sebagai perkongsian pertama di saluran y0utube itu, beliau memuatnaik video reaksi ayahnya apabila mendapat tahu dirinya telahpun berhijab buat tatapan para peminat.

Pada permulaan video, ayah Kilafairy agak terkejut melihat beliau memakai tudung. Namun apabila Kila memaklumkan bahawa beliau sebenarnya telah membuat keputusan untuk berhijab, ayahnya lalu tersenyum penuh kesyukuran. Mereka kemudiannya berpelokan erat antara satu sama lain.

Aksi dua beranak itu nyata telah meruntun hati para netizen yang menonton video itu. Rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihatkan reaksi seorang ayah yang kelihatan terharu mendengar penghijrahan anaknya. Warganet juga tidak putus-putus mendoakan supaya Kilafairy kekal istiqamah dengan keputusannya itu.

Erinsakura F1ad85c30eca067a9a61e237ff888dd6

Erinsakura 63e3abbdda583cced2adac5c7c8790cb

Sebagai ibu bapa, tiada lain yang mereka inginkan buat anak-anak selain daripada seorang anak itu menjadi orang yang soleh dan solehah, baik budi pekerti dan juga berusaha untuk berjaya didunia dan akhirat. Mudah-mudahan Kilafairy mampu menjadi contoh kepada orang lain pula. Manisnya Kilafairy bertudung.

Sumber : Y0utube Kilafairy

Artikel ini disediakan oleh Cite Syok. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!