Connect with us

Hiburan

“Baby nama Siti Khadijah Binti Shah Indrawan” – Anak Tomok

Published

on

Erinsakura C735f595a72de05d42e11a1b80b649e3

Kelahiran cahaya mata perempuan baru-baru ini merupakan anugerah yang paling indah yang diberikan oleh Allah buat penyanyi Tomok dan isterinya. Tomok tidak putus memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi di atas kurniaan tersebut. Beliau dan isteri mengakui bahawa mereka telah menantikan anak ini selama 5 tahun kerana faktor usia isterinya serta menghadapi masalah kesihatan.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Syukur kepada Allah hasrat mereka berdua akhirnya tercapai dan doa mereka dimakbulkan. Kata isteri Tomok, Rahayu Abas yang lebih mesra di sapa sebagai Ayu, beliau mengetahui mengenai kehamilan itu setelah pulang daripada bercuti daripada Pulau Tioman. Ketika itu beliau sudah berusia 41 tahun dan mempunyai perasaan bercampur baur setelah mengetahui mengenai kehamilan itu.

Erinsakura 746d541a9b7c13aafd5d286f5dfa1403

Berkongsi mengenai perjalanan kehamilan beliau bersama para pengikut, Ayu menceritakan pengalaman mengandung dan bersalinkan puterinya itu untuk memberikan inspirasi buat psangan yang sedang mencuba untuk mendapatkan zuriat.

Erinsakura Ddd60b9dd809aae0d6b91203aab59228

Psangan ini mengucapkan terima kasih buat keluarga, sahabat handai dan para pengikut mereka yang tidak putus mendoakan mereka sejak daripada tempoh mengandung sehinggalah bersalin.

Erinsakura 4acb7e6f637f5fbf41cd7164293929af

Menerusi akaun Instagram Tomok, beliau memuatnaik video kedua-dua orang anaknya Arrian dan Andra membuat pengumuman mengenai nama adik mereka. Mengambil berkat sempena nama isteri kesayangan Nabi, Tomok dan Ayu sepakat memilih nama Siti Khadijah sebagai nama anak perempuan mereka. Comelnya Siti Khadijah ni.

Arrian sebagai Abang Sulung memainkan peranan untuk memperkenalkan nama adik perempuannya manakala Andra kelihatan masih malu-malu. Bijaknya Arrian. Dah dapat adik baru ni boleh la tolong ibu dan ayah menjaga adik kan.

https://www.instagram.com/p/CBFfQW2gqsl/?igshid=1g01xcys3sg18

Perkongsian tersebut mendapat perhatian daripada para pengikut Instagram Tomok. Mereka memuji nama puteri sulung Tomok dan mendoakan supaya anaknya itu membesar seindah namanya dan menjadi seorang anak yang solehah juga berbakti buat kedua ibu bapanya.

Erinsakura 79ba134b458b70ed2cb4c1e5f645d69a

Erinsakura A1545082d2051533e6959d2699ee9187

Buat psangan yang masih lagi sedang berusaha untuk memperolehi zuriat, jangan berputus asa dan teruskan berusaha dan berdoa. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar rintihan dan doa hambanya yang tidak pernah berhenti meminta kepadaNya. Mudah-mudahan termakbul doa kita semua.

Sumber : Instagram tomokofficial

Artikel ini disediakan oleh Cite Syok. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!