Connect with us

Hiburan

“Ni kalau tak kahwin tak tahu la, 7 keturunan malu” – Netizen

Published

on

Hubungan Fizo Omar dan Azar Azmi mula hangat diperkatakan sejak mereka berdua berlakon bersama di dalam drama Maaf Tak Indah. Gandingan serasi diantara kedua pelakon ini menyebabkan mereka membuat keputusan untuk bekerjasama dalam menghasilkan c0ntent bagi saluran y0utube mereka berdua.

Disebabkan mereka berdua bujang dan kelihatan mesra bersama mendorong orang ramai membuat andaian terhadap hubungan mereka.

Malahan pada hari raya baru-baru ini kedua-duanya dilihat memakai baju berwarna biru sedondon menambahkan lagi spekulasi mengenai hubungan mereka berdua.

Azar juga sering menggunakan loghat Kelantan di instagramnya. Memang kuat juga peng4ruh Fizo Omar ni yaa.

Fizo sebelum ini pernah disoal mengenai hubungan baik dengan Azar namun beliau menegaskan bahawa tiada sebarang hubungan istimewa dan hanya berkawan kerana selesa dengan sikap Azar yang ‘gila-gila’ dan suka bergurau.

Memuatnaik entri terkini di instagram mengenai aktiviti terbaru yang akan bersiaran secara langsung di facebook bersama Fizo, perkongsian terkini Azar itu telah menarik perhatian warganet untuk mngalkan komen di ruangan komen Instagram beliau.

Seorang netizen dilihat mnggalkan komen yang kurang menyenangkan apabila mengatakan bahawa sekiranya hubungan diantara Azar dan Fizo tidak menjadi kenyataan mereka berdua bakal mendapat malu selama 7 keturunan.

Meskipun begitu masih ramai yang menyukai hubungan mereka berdua dan mendoakan agar hubungan persahabatan yang terjalin diantara mereka berdua akan kefasa yang seterusnya.

Biasalah hubungan persahabatan diantara lelaki dan perempuan akan membuatkan selalu orang salah tafsir. Tiada salahnya mereka berdua berkawan kerana masing-masing bujang.

Jodoh manusia itu Allah yang tentukan dan manusia hanya mampu merancang. Doakan yang baik-baik sahaja buat mereka berdua.

Sumber : Instagram azarazmi

Artikel ini disediakan oleh Cite Syok. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!