Connect with us

Hiburan

Hampir 3 bulan temani Bunga di Jakarta, ibu Ashraf kini pulang ke Malaysia

Published

on

Seorang ibu yang cukup tabah. Begitulah yang boleh dikatakan mengenai ibu kepada arw4h Ashraf Sinclair. Walaupun dirinya sendiri sedang berduka kerana kehilangan anak tersayang namun beliau masih mampu mengukir senyuman. Khadijah Abdul Rahman akhirnya pulang ke Malaysia selepas kira-kira tiga bulan berada di Indonesia untuk menemani menantunya, Bunga Citra Lestari (BCL) dan cucunya, Noah Sinclair.

Khadijah Abdul Rahman atau lebih mesra dengan panggilan Umi telah berada di Indonesia selama lebih kurang 3 bulan setelah anaknya itu pergi secara mengejut. Pemergian anak sulungnya pada pertengahan bulan Februari yang lalu dipercayai akibat srangan jntung.

Tempoh masa tersebut diisi dengan menemani sang menantu yang masih bersedih dengan pemergian suami tercinta. Sepanjang Ramadan mereka mengerjakan ibadah bersama-sama bagi terus meredhai pemergian Ashraf.

Beliau yang juga turut menyambut Aidilfitri bersama Bunga dan Noah dilihat langsung tidak berenggang dengan menantunya itu lebih-lebih lagi ketika pandemik ini yang menyarankan semua orang berkurung dirumah sahaja.

Melalui Instagram Khadijah, beliau telah memuatnaik sekeping gambar dimana beliau telah selamat tiba di Malaysia setelah hampir tiga bulan di Jakarta. Khadijah bagaimanapun perlu menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari sebelum bertemu dengan suami serta ahli keluarganya yang lain.

Di ruangan komen, perkongsian tersebut sedikit sebanyak mengundang rasa sebak kepada warganet yang mengagumi keperibadian ibu mertua seperti Khadijah. Warganet memuji layanan Ibu Ashraf kepada menantunya serta mengagumi sikap Khadijah yang begitu baik hati dan penyayang.

Warganet juga melihat Khadijah sebagai seorang ibu yang sangat hebat dan luar biasa kerana sanggup berjauhan dengan keluarga di Malaysia demi berdekatan dengan menantu, cucu serta pusara anak sulungnya itu. Mereka turut mendoakan yang baik-baik untuk arw4h Ashraf.

Alangkah bertuahnya Bunga dan Noah dikurniakan keluarga mertua yang sangat bertimbang rasa dan begitu menyayangi mereka berdua. Sebagai seorang ibu kepada Ashraf, walaupun diri sendiri turut berduka Khadijah tetap tersenyum bersama menantunya Bunga yang lebih terasa dengan pemergian suami. Mudah-mudahan arw4h Ashraf ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman dan soleh hendaknya. Amin.

Sumber : Instagram dida_sinclair

Artikel ini disediakan oleh Cite Syok. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!