Connect with us

Hiburan

“Saya minta maaf banyak-banyak” – DSV

Published

on

Itulah kata orang dulu-dulu, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Agak tervk juga usahawan sensasi ini dikcam oleh netizen sejak susulan kenyataan keluar dari mulutnya yang tular didakwa telah menge’cop penyanyi pujaan ramai, Anuar Zain dengan menyifatkannya sebagai seorang lelaki g4yy. Tampaknya ramai yang berang dengan apa yang dituturkan Dato’ Seri Vida atau DSV itu.

Tidak mengambil masa lama, DSV pantas tampil mengulas tentang isu tersebut. Dalam masa sama menerusi video ringkas dikongsikan di media sosialnya sejak semalam, tanpa segan silu dan kelihatan hiba, beliau memohon maaf.

Gamaknya tidak mahu lagi memanjangkan ‘kes’ dengan komen netizen yang bagai tiada berpenghujung, tak seperti kelazimannya sebelum ini, DSV tampaknya menutup ruangan komen di hantaran beliau itu yang sejak 12 jam lalu sudah mendapat lebih 220k tontonan. Turut di ‘tag, Ziana Zain dan Anuar Zain.

Memulakan kata-katanya dengan memberi salam, kata DSV beliau memohon maaf atas kekhilafan, kekeliruan atau mungkin perkataannya yang mengguris hati banyak pihak, peminat, keluarga Zain, malah Anuar Zain sendiri.

“Saya minta maaf banyak-banyak. Saya tidak bermaksud, saya tidak berniat mungkin terlepas cakap atau gurauan tanpa sengaja. Saya tak boleh nak recall (ingat) balik apa yang saya cakapkan tu, sebab benda tu dah lama sebenarnya, baru sekarang ni muncul.

“Saya mintak maaf, saya tak berniat langsung. Apa pun saya meminati sangat-sangat Anuar Zain. Faham tak? Saya minat sangat lelaki ini. Tapi bila jadi macam ni kekeruhan kekalutan macam ni apa lagi saya boleh cakap melainkan saya mohon maaf banyak-banyak rakyat Malaysia, Anuar Zain, keluarga Zain. Maafkan saya Dato Seri Vida,” katanya.

Dengan raut wajahnya kelihatan sebak dek apa yang berlaku, DSV turut menyatakan hasratnya yang sangat berharapkan agar dapat berjumpa in person dengan Anuar Zain. “Hajat besar ada, projek besar ada, insyaAllah” kata DSV di hujung video sepanjang seminit lebih yang dikongsikannya itu.

Sebelum ini, viral satu klip video TikTok peminat mengulang siar rakaman IG Live Vida yang menjawab pertanyaan peminat yang mencadangkan meregukannya dengan pelantun terkenal tanah air itu. Begitupun, secara berbisik, Vida seakan-akan membalas pertanyaan itu.

Dek kedengaran menyebut perkataan tidak sepatutnya yang kedengaran seperti ‘g4yy’, selain netizen, kakak kepada Anuar, Ziana turut menyelar tindakan DSV dan menyifatkan apa yang dituturkan usahawan selebriti itu sebagai sesuatu yang biadap.

Semalam, akhbar tempatan melaporkan Vida menafikan ada menyebut perkataan ‘g4yy’ merujuk kepada kecenderungan sksu4liti penyanyi berusia 52 tahun itu, sebaliknya hanya menyebut perkataan ‘okay’.

Sumber : Ig DSV

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Facebook

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!