Connect with us

Hiburan

“Saya kne workout sbb tak berapa sihat” – Shila Amzah

Published

on

Add A Subheading 43

Jika sebelum ini tubuhnya kelihatan agak berisi juga kalau ditonton di kaca televisyen atau di media sosial, namun akhir-akhir ini sosoknya kelihatan mengecil sedikit. Ramai juga yang perasan hingga melayangkan respons di medsos, penyanyi, Shila Amzah yang menanyakan tentang sedikit perubahan fizikalnya itu. Tapi elok juga keadaannya sekarang kan… ramai yang suka.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Shila juga seakan membayangkan dirinya turut senang hati dengan perubahan figuranya kini apabila mencoretkan kapsyen di hantaran Instagramnya itu: “Happy looks good on me”.

Screenshot 20220704 1840372

Jika dilihat aktiviti fizikal dilakukannya bukan kaleng-kaleng, siap kelihatan ada instruktor lagi yang memantau aktiviti senaman di rumahnya. Patutlah boleh dapat body goal yang ramai diimpikan wanita ini.

“Go go power puff girl”, “Tak sabar nak tengok result”, “All the best darling”, “Biar lambat. asal terus konsisten… nnti jadi lbh fit, cergas dan cerdas.. tunjukkan sesuatu yang sihat untuk semua”. Itu antara komen netizen.

Screenshot 20220704 1845502

Menariknya tak kurang daripada dalam kalangan netizen di ruangan komen yang melayangkan kata-kata semangat buatnya untuk mencapai impian melalui latihan padu dijalankan.

Dalam banyak-banyak komen rakan dan netizen, sempat Shila memberitahu tentang usahanya nak workout itu. Kata Shila ia perlu dilakukan kerana dirinya tak berapa sihat. Dari sudut mana kesihatannya terganggu ya?

Screenshot 20220704 1840132

Ada orang kesihatannya terjejas sebab berat berlebihan. Ada pula yang disarankan oleh doktor bagi memastikan fungsi organ tubuh terus bekerja dengan baik. Apa pun hanya Shila yang tahu.

Barangkali suatu masa nanti Shila akan sudi berkongsi cerita tentang masalah kesihatannya itu, yang mungkin boleh dijadikan panduan kepada orang lain pula di luar sana.

Screenshot 20220704 0847492

Apa pun didoakan agar kesihatan penyanyi antarabangsa ini terus baik dan dapat menghiburkan lebih ramai peminatnya di samping berjaya maju lagi untuk menaikkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Shila disenaraikan sebagai calon kategori Artis Wanita Terbaik Dunia bersama Dato’ Siti Nurhaliza & Penghibur Terbaik Dunia untuk Tahun 2012 (World Best Entertainer Of The Year) di World Music Awards.

Screenshot 20220704 1845032

Sumber : IG Shila Amzah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!