Connect with us

Hiburan

“Confirm tak kena cuuri rantai tu pasal naik heli” – Netizen

Published

on

Add A Subheading 42

Melihat perkembangan artis-artis tempatan tanahair kini semakin pandai berniaga dan dikenali sebagai usahawan setidak-tidaknya boleh juga membantu melahirkan lebih ramai peniaga lain. Paling tidak adalah juga menyumbang kepada pendapatan negara dan zakat jika menyisihkan sebahagian rezeki mereka untuk tujuan itu.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Antara selebriti kini yang dilihat giat berniaga ialah pelakon dan penyanyi, Ifa Raziah. Lihatlah video dikongsikan Ifa ini, siap bergerak bertemu vendornya dengan helikopter lagi. Bukan kaleng-kaleng ya… Ya lah, naik kenderaan itu kosnya bukan kecil anak.

Screenshot 20220703 1850432

Dengan rantai leher dan gelang emas gedabaknya, kalau nak bergerak di jalan raya biasa pun boleh cuak juga kita dibuatnya. Sekarang ni ramai orang yang sukar dijangkakan, silap haribulan risau pulak tiba-tiba muncul si penyamvn.

Setidak-tidaknya dapat juga mengelak daripada golongan itu dengan naik helicopter ni kan… Tapi sudah tentulah hanya mereka yang berkemampuan boleh mengadakannya. Dan ya… Ifa sudah berjaya membuktikannya.

Screenshot 20220703 1852522

“Kerlas miss divaku”, “Mantap lagi cantik akk syg”, “Letops kak Ifa”, “Confirm tak kena curii rntai tu pasal naik heli”, “Wow.. wow…wow. Very successful. Aamiin. Tumpang gembira”, “Hebatnya Ifa”. Itu antara komen netizen.

Difahamkan Ifa juga antara barisan artis terlibat dalam program Kedah Fest 2022. Dijangkakan ramai juga artis yang turut serta terutama yang sudah bergelar usahawan dalam festival berkenaan. Tentu ada peluang niaga juga untuk pengunjung.

Screenshot 20220703 1851512

Nampaknya, kontr0versi kenyataan Ifa baru-baru ini yang didakwa mengungkapkan bahawa tak bertudung pun tetapi dia sudah tiga kali menunaikan umrah, tidaklah menyekat aktiviti dirinya. Semakin rancak Ifa berniaga.

Yang pasti, sudah tentu usahanya yang gigih berniaga ini menyuntik semangat usahawan lain untuk turut mengikut jejak langkah Ifa, bahkan menyuntik inspirasi untuk berjaya dalam perniagaan seperti dirinya.

Screenshot 20220703 1431302

Sebelum ini Ifa pernah ditanya media tentang soal keselamatan dirinya yang memakai barang kemas yang sarat, begitupun kongsi tuan punya badan, dirinya dikawal oleh lima orang pengawal peribadi dan dipantau 24 jam.

Ifa juga pernah menjelaskan bahawa bukan dirinya berlagak dengan menunjukkan kelebihan diri, tetapi kemewahan ditonjolkan sebagai lambang kejayaan perniagaan yang diusahakannya selama ini dan mewujudkan platform berniaga kepada yang lain.

Screenshot 20220703 1851272

Sumber : IG Ifa Raziah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!