Connect with us

Hiburan

“Sama betul kalah adik beradik kandung”- Netizen

Published

on

WhatsApp Image 2023 03 21 At 8.50.41 AM 3

Kata orang-orang, dalam dunia ini kita sebenarnya mempunyai tujuh orang kembar yang mempunyai wajah yang seiras dengan muka kita. Bukan sama disebabkan mempunyai pertalian d4rah atau sebagainya, tetapi kembar tujuh ini sama sekali bukanlah orang yang kita atau dengan kata mudah merupakan orang asing dari kehidupan kita. Tetapi ada pula yang mengatakan bahawa itu semu hanya mitos.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Seronok dibuatnya apabila penyanyi dan pengacara terkenal Alif Satar ini telah menemukan salah seorang dari kembarnya di dalam dunia. Telah viral baru-baru ini bermula di aplikasi Tiktok tentang seseorang yang dikatakan amat mirip dengan penyanyi bersuara merdu ini.

WhatsApp Image 2023 03 21 At 8.50.41 AM 1

Alif Satar sangat terkenal dengan prestasi cemerlangnya dalam industri sejak dia mula berkecimpung dalam dunia seni. Walaupun sebelum ini, dia sering menjadi m4ngsa disebabkan k3s-k3s kontroversi dari Alif yang lain dalam industri hiburan ini, namun dia sedikit tidak merasa terganggu dengan perkara itu.

Sikapnya yang tidak pernah somb0ng dan mengutamakan keluarga ini sering mendapat pujian ramai. Malah, apa sahaja perniagaan yang dilakukan olehnya pasti akan mendapat sambutan ramai dari para peminat khususnya.

WhatsApp Image 2023 03 21 At 9.16.11 AM

Video yang mula dikongsi oleh rakan sekolah di aplikasi Tiktok ini telah mendapat perhatian ramai apabila dikatakan sangat mirip dengan wajah Alif Satar walaupun dia merupakan seorang perempuan. Malah dia juga tidak menidakkan perkara tersebut dan mencuba aksi dan bernyanyi seperti Alif Satar.

Tidak sangka bahawa kuasa viral itu telah berjaya membawa adik itu bersemuka dengan Alif Satar sendiri secara langsung. Sikap sempoi keduanya juga terlihat dalam video yang dikongsikan oleh Alif itu sehingga menampakkan seperti memang akrab dan sudah lama kenal sahaja hubungan mereka berdua itu.

WhatsApp Image 2023 03 21 At 8.50.41 AM

Video tersebut telah dibanjiri ratusan komen dari netizen dan peminat yang teruja melihat betapa miripnya wajah mereka berdua ini. Bermacam komen lucu dari netizen sehingga ada yang kata bahawa kembar kepada Alif Satar itu boleh menggantikan tempatnya jika terkadang Alif terlampau sibuk dengan pekerjaannya.

A3BE3C05 7F66 4994 86AD 4846B95942F7

 

Beruntung sangat ya adik kembar kepada Alif Satar ni. Hebat sungguh kuasa viral, dapat juga mereka berdua berjumpa dan meluangkan masa bersama. Satu kembar dah jumpa, mana tahu lepas ni Alif jumpa enam lagi kembar yang lain.

Sumber: Instagram Alif Satar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!