Connect with us

Hiburan

“Repeat tgk, MasyaAllah kagum. Seronok tgk dia dpt communicate dgn bhs isyarat” – Netizen

Published

on

Add A Subheading 8

Dia antara artis yang dilihat memiliki pakej lengkap dan serba-serbi boleh. Daripada menyanyi, berlakon, mengacara, jadi komposer, usahawan, pendek kata semuanya dia ‘sapulah’. Bukan setakat itu, istimewanya diri selebriti, Alif Satar ini, tanpa mengeluarkan suaranya pun dia masih berkomunikasi dengan semua orang. Lihat saj4lah aksinya bercakap menggunakan bahasa isyarat dengan seorang lelaki ini.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Rupanya Alif pandai berbahasa isyarat. Banyak betul bakat Alif ni ya hingga teruja netizen dibuatnya. Ya lah… bukan selalu kita jumpa dengan retis di negara ni yang ada kelebihan sedemikian.

Screenshot 20230222 2200242

Menariknya ramai pula netizen yang berkongsi macam mana Alif ada kelebihan itu. Ada yang menyifatkan penyanyi popular dengan lagu ‘Lelaki Seperti Aku’ pandai kerana ibu bapanya guru pendidikan khas.

Ada pula mendakwa Alif mempunyai bakat demikian kerana pernah berlakon dalam drama yang memerlvkannya untuk mempelaj4ri bahasa insan istimewa pendengaran itu.

Screenshot 20230222 2200472

Apa pun jika meninjau perkongsian Alif di maya, dia sendiri mengakui tahu menggunakan bahasa isyarat daripada ibu bapanya yang juga guru pendidikan khas. Bahkan Alif mempelaj4rinya sejak berusia 4 tahun…

“Ayah alif satar cikgu pendidikan khas…”, “Bagus alif kalau jadi pengacara, bijak bercakap dan pandai menjaga kata2”, “Byk kali repeat tgk. masyaAllah.. kagum,srnk tgk dia dpt communicate dgn bhsa isyarat..so dpt bckp dgn semua org.. alhamdulillah”.

Screenshot 20230222 2202002

“Artis yg sy minat..multitalented dan beradap orgnya”, “Paling penting akhlak Alif ni padu..tu disayangi ramai”, “Artis serba boleh dan berimej bersih. Xde kontroversi yg bukan2.”, “mak die cikgu sign language.. tpi die terer btul segala2 die blh buat”.

Itu antara komen netizen. Dilihat sebagai lelaki sejati, selain bakatnya itu sifat peribadi Alif sebagai family man juga dikagumi bukan saja oleh rakan artis tetapi juga netizen.

Screenshot 20230222 1848022

Terdahulu pengguna TikTok @johnlemmonnn yang berkongsi video Alif menyifatkan lelaki itu seorang yang lain daripada lain dengan pelbagai bakat. Dah bertahun berkawan katanya, baru dia tahu bakat Alif itu.

Ramai memperkatakannya seperti di IG dikongsikan TV3 ini. Bintang Alif mula bersinar setelah berjaya mendapat tempat ketiga dalam rancangan realiti One in a Million musim pertama sewaktu berusia 16 tahun.

Screenshot 20230222 2201452

Sumber : IG TV3

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!