Connect with us

Hiburan

“Rasanya dia tak pernah tengok cerita Tanah Kubur kot” – Netizen

Published

on

Erinsakura 18de311749ba5a24bd60755b1a0383f2

Baru-baru ini telah tular mengenai berita perpisahan pelakon Sharifah Sakinah dan juga bekas suaminya yang merupakan seorang juruterbang. Tidak menyalahkan mana-mana pihak Sharifah Sakinah hanya mengatakan bahawa perpisahan itu berlaku kerana tiada keserasian dan menganggap jodoh mereka tidak panjang. Beliau yang juga turut mesra di sapa sebagai Sakinah itu mengakui beliau juga sedar dirinya juga mempunyai kekurangan dan mungkin tidak sempurna sebagai seorang isteri.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Sakinah mengakui yang perpisahan tersebut berlaku secara baik dan ianya adalah demi kebaikan kedua-dua pihak. Sakinah turut memaklumkan bahawa mereka tidak tinggal sebumbung sejak bulan Mac dan berpisah secara rasmi pada bulan Mei yang lalu. Sakinah mempunyai seorang anak perempuan hasil dari perkahwinan tersebut.

Erinsakura F8e51a14652a16eeba18b6d8a5756ade

Sejak melalui fasa bergelar ibu tunggal, setiap gerak geri beliau mula menjadi perhatian netizen di media sosial. Beberapa keping gambar beliau di laman Instagram juga menjadi sasaran para netizen yang bertindak untuk menasihati Sakinah.

Menerusi laman Instagram beliau, Sakinah memuatnaik sekeping gambar sedang berkelah bersama keluarga beliau. Turut kelihatan di dalam gambar adalah anak tunggalnya dan anak kepada Sharifah Shahira yang merupakan kakak kepada Sakinah.

Erinsakura F4d3131dfa59843d4a93767b82a988a5

Walaubagaimanapun perkongsian gambar tersebut telahpun menjadi isu yang cukup tegang dan menarik perhatian serta perdebatan sesama netizen diruangan komen. Hal ini berikutan pakaian yang dipakai oleh beliau yang agak terdedah dan menjadi bualan hangat para netizen.

Ada juga diantara netizen yang memberikan komen yang agak keras dan mula menegur melibatkan peribadi serta keluarga Sakinah. Ada juga yang memberikan contoh seperti yang berlaku di dalam drama Tanah Kubur.

Erinsakura 1d5ca5e197c906c173c4cc3cf3c0bbbc

Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Allah tidak lihat permulaan seseorang hamba namun yang menjadi bekalan kita di akhirat nanti adalah pengakhiran kita. Marilah kita semua menjaga adab sesama manusia dalam menegur serta mudah-mudahan kita semua akan diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah suatu hari nanti. Amin.

Sumber: Instagram sharifah_sakinah

Artikel ini disediakan oleh Cite Syok. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!