Connect with us

Hiburan

“Bidadari – bidadari kayangan” – Nazim Othman

Published

on

Nama Fatin Afeefa mula dikenali sejak berlakon filem kanak-kanak Tentang Bulan. Filem yang turut menampilkan beberapa orang pelakon yang kini sudahpun meningkat remaja seperti Aedy Ashraf, Erin Malek dan beberapa lagi nama lain masih lagi menjadi sebutan orang ramai setiap kali melihat beliau berlakon di kaca televisyen. Tidak dinafikan bertitik tolak daripada filem Tentang Bulan itulah bakat lakonan beliau semakin menyerlah dan semakin dkenali.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Beliau juga baru-baru ini menceburi bidang nyanyian dengan mengeluarkan lagu pertama beliau yang berjudul Satu Jam Saja.

Terdahulu beliau pernah mendirikan rumahtangga dengan pelakon Adam Shahz namun jodoh tidak panjang apabila mengambil keputusan bercrai setelah hampir 4 tahun berkahwin.

Setelah beberapa tahun kembali solo, terkini beliau kerap dilihat bersama pelakon Nazim Othman dan desas desus mengatakan bahawa mereka berdua sedang mengenali hati budi. Namun baik Nazim mahupun Fatin tidak pernah mengakui perkara tersebut.

Menerusi Instagram Fatin, beliau memuatnaik sekeping gambar bersama adik beliau. Menariknya penampilan beliau kelihatan lebih sopan dengan menggyakan tudung. Beliau sebelum ini lebih dikenali dengan penampilan yang sedikit sksi namun kali ini kelihatan lebih ayu dengan memakai tudung.

Rata-rata netizen memuji penampilan beliau yang kelihatan lebih ayu dan jelita bertudung. Netizen turut mendoakan semoga Fatin terbuka hati untuk berhijrah suatu hari nanti.  Nazim Othman juga turut tidak melepaskan peluang mngalkan komen diruangan komen dengan memuji penampilan Fatin itu ibarat bidadari kayangan.

Ramai mengakui Nazim dan Fatin nampak sepadan betul antara satu sama lain kerana mereka berdua ni diibaratkan sebagai pasngan sama cantik sama padan. Nazim dan Fatin juga masing-masing single. Tidak salah rasanya sekiranya mereka berdua ni berkawan. Mudah-mudahan ada berita gembira daripada mereka berdua tidak lama lagi.

Sumber: Instagram fatinafeefa

Artikel ini disediakan oleh Cite Syok. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!