Hiburan
“Rasa mcm tengok cerita korea je”- Netizen
Baru-baru ini kecoh tentang seorang guru yang juga influencer yang kononnya nak ‘sekolahkan’ netizen dengan menyuruh mereka balik makan di rumah saja jika tak suka mendengar budak kecil bising dan meragam di tempat makan awam. Sudahnya ramai pula yang ‘membasuh’ wanita itu semula. Begitupun perkongsian pasangan Duriankimchi ini dikatakan cara betul mengajar anak di tempat sedemikian.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Kelihatan munasabah juga bila selebriti media sosial berdua ini ‘mengajar’ anak mereka tatkala berdepan situasi seumpamanya. Ryzal Ibrahim dan isteri, Maryam Younarae ambil pendekatan ‘bebelkan’ anak.
Kalau dilihat reaksi anak mereka pun, Rina seakan akur dengan bebelan itu dan penyudahnya diam sahaja dan mendengar kata-kata ibu bapanya. Mulanya hanya bapanya membebel, lepas tu disambung ibunya pula.
Walaupun baharu berusia dua tahun, tampaknya Rina macam faham apa diperkatakan. Mesti panas telinganya tu… terus nampak budak ‘nerd’ jer… Menariknya, reaksinya itu mencuit hati netizen.
Tak perlu pun nak suruh orang lain pulak balik makan kat rumah bila anak sendiri bising kat kedai makan kan… Lagipun siapa kita nak mengawal hak orang lain? Kot anak sendiri patutlah kita kawal.
Itulah yang dibidas netizen terhadap isv situasi berlaku pada perenggan pertama tadi. Tampaknya selain ramai netizen dan selebriti yang membidas influencer berkenaan, Ryzal dan Maryam tak ketinggalan jua.
“Ni baru betul.. anak kite bising or meragam, parents kena lah buat something. Am sure rina tak paham pun kena bebel apa… tapi the parents kena alert n aware of the environment lah.”, “Ni baru betul. Cuba discipline kan anak di tempat awam. Bukan suruh orang lain yang balik.”
“Sian dia… Mcm phm jer kena marah.”, “Sebenarnye anak ne faham ap kite ckp walaupun dia masih kecik, sbb tu kite kena selalu cakap dgn dia biar dia lagi cepat belajar,”, “anak2 sy pun klu meragam buat hal kat tmpt awam pun kena gak bebel”
Itu antara komen netizen. Tak kurang juga netizen yang bersetuju bahawa mereka turut mengambil pendekatan sama seperti Ryzal dan Maryam, membebel dekat anak jika si kecil buat hal di tempat sebegitu.
Pun demikian, agak lucu pula bila mendengar pasangan ini membebel dalam bahasa Korea pada anak mereka tu. Yang netizen tak paham apa diperkatakan pun setuju je agar ajar anak cara gitu… Pun bolehlah ya…
Sumber : IG Maryam Younarae
Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen