Connect with us

Hiburan

“Rindu dgr Kak Amy nyanyi mcm dlm filem Puteri Impian”- Netizen

Published

on

D5AC4AC1 C9C8 4339 8C11 2A52356475FC Scaled

Ketika kebanyakan artis lain sentiasa mencari kelainan untuk terus kekal, sebaliknya penyanyi dan pelakon pemilik nama penuh Amy Mastura Suhaimi pula lebih selesa hanya kekal tenang, posiitif dan mengikuti arus. Sebagai seorang yang sudah mempunyai pengalaman luas dalam industry hiburan, Amy sedar pasang surutnya dalam karier seni merupakan perkara sinonim buat artis yang sudah meningkat usia sepertinya.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Amy berkata, beliau merasa sangat bersyukur dengan apa dimilikinya sekarang. Walaupun melalui fasa kurang aktif namun nama beliau masih kekal relevan dan di terima oleh perminat. Buat Amy, sekiranya ada tawaran berlakon dan menyanyi, beliau akan terima namun  jika tiada duduklah di rumah.

Amy Mastura 10

Puteri Impian merupakan filem yang mulai mengangkat nama Amy Mastura dalam dunia lakonan. Puteri Impian ialah filem komedi romantik arahan Aziz M Osman.

Ianya mengisahkan tentang pengembaraan seorang gadis yang berangan-angan untuk merasai pengalaman menjadi seorang “puteri” selama sepuluh hari dalam sebuah rancangan realiti TV.

Amy Mastura 5

Menurut Aziz M Osman, filem ini ditujukan khas kepada Puteri Diana, yang meningg4l dunia tidak lama sebelum filem ini ditayangkan. Malahan kejayaan filem Puteri Impian pertama pada tahun 1997 membuatkan filem berkenaan di susuli filem Puteri Impian 2 pada tahun 1998.

Amy Mastura sangat bertuah kerana terpilih untuk menjadi teraju utama di dalam filem berkenaan di samping pelakon lain seperti Cico Harahap dan Hairie Othman.

Menerusi perkongsian terbaru penyanyi dan pelakon tersebut di Instagram, Amy berkongsi satu video memaparkan beliau bermain buaian dan sedang menikm4ti suasana angin sepoi tersebut sambil menyanyi.

Namun begitu bunyi buaian yang agak menakutkan membuatkan Amy kemudiannya menamatkan nyanyian beliau dan terus beredar.

Terkenal dengan sifatnya yang sangat ceria dan gemar bergurau, Amy juga menulis kapsyen yang melucukan di Instagram beliau. Video berkenaan menerima hampir 3370 tanda suka dan 62 komen daripada peminat beliau.

Amy Mastura 11

Momen nyanyian Amy tersebut mengingatkan para peminat terhadap beberapa babak di dalam filem Puteri Impian di mana Amy menyanyikan beberapa lagu di dalam filem berkenaan dengan nada suara yang hampir serupa.

Menerusi ruangan komen, rata- rata netizen meluahkan rindu mereka terhadap watak Nora yang pegang oleh Amy Mastura di dalam filem Puteri Impian.

Netizen juga memuji wajah Amy yang masih tidak berubah dan tidak di mamah usia walaupun penyanyi kecil molek itu sudah mencecah 52 tahun. Berikut di kongsikan komen netizen.

Amy Mastura 6

Terdahulu Amy mencetuskan kekaguman dikalangan peminat kerana dikatakan awet muda kerana wajahnya yang tidak makan usia.

Amy juga pernah berkongsi gambar perkahwinannya dengan suami Alvin Tham Suffian sekitar tahun 2000 sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-21, dua tahun lalu dan rata-rata peminat kagum kerana wajahnya kelihatan muda berbanding usia sebenarnya.

Sumber: Instagram amymasturalerr

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu . Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

 

 

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!