Connect with us

Hiburan

“Patut ke bagi dia beli motor tu” – Nora Danish

Published

on

Bagi Je Beli.. Nnti Blh Bonceng Kat Belakang.... Best Ooo Ride Sama2 Netizen

Merpati dua sejoli ini acap kali berkongsi momen mereka berdua di media sosial. Memang tampak sweet sekali apabila pasangan sudah berumahtangga dan beranak pinak ini berkongsi kebahagian mereka. Ramai juga yang mendoakan moga perhubungan kekal ke jannah dan tidak ketinggalan kebahagiaan ditonjolkan oleh mereka menjadi inspirasi pada pasangan lain untuk mengecap rasa yang sama.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Tidak hanya pada sisi peribadi, prihatin dengan keadaan bnjir ter0k yang melanda di sesetengah tempat baru-baru ini, pelakon, Nora Danish dan suaminya, Nedim Nazri juga menghulurkan tangan. Betapa erat mereka bergandingan.

Nora5

Dalam pada turun padang itu, sempat jua Nora memuatnaik satu foto yang dikongsikannya memperlihatkan beliau dan suaminya itu di samping sebuah motosikal berkuasa tinggi.

Tidak pasti sama ada mahu bercanda dengan netizen mahupun serius, dalam kapsyen hantarannya itu, Nora mencoret status berbunyi: ‘Hubs (suami) tengah meng ayat (memujuk)….. hmmmm, patut ke bg dia beli motor tu?’

Nora3

Menariknya tak kurang netizen yang memberikan respons terhadap ‘persoalan’ dikemukakan wanita yang terkenal dengan memegang watak utama Puteri dalam siri komedi Puteri pernah popular suatu ketika dulu ini.

Ada yang menegah Nora daripada membiarkan suaminya berbuat demikian kerana ‘risaukan’ Nadim akan ride tiap minggu. Tak ketinggalan yang bersetuju memandangkan Nora pun boleh membonceng sama. Pelakon, Sheila Rusly juga sempat membalas komen dengan ‘Patut’. Betul juga ya.

Nora2

Gamaknya mereka yang bagi cadangan ni pernah terbaca perkongsian Imam Muda Hassan yang tular tidak berapa lama dahulu bahawa suami isteri yang naik motosikal bersama lebih erat dan hangat dengan kasih sayang.

Nora berkahwin dengan Nedim Pada 30 Mac 2017. Pada 21 Februari 2018, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Mohamed Neqayl Nedim yang dilahirkan seberat 2.98 kilogram melalui pembed@han.

WhatsApp Image 2021 12 29 At 13.30.42

Untuk rekod, ia adalah perkahwinan kedua beliau sebelum gagal dalam perkahwinan pertama dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli yang merupakan anak sulung bekas Speaker Parlimen Malaysia Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Rumahtangga yang dibina dengan Rizal pada 20 Jun 2006 akhirnya runtuh pada awal Julai 2008. Hasil perkongsian hidup pasangan ini, mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.

Nora4

Sumber : Ig Nora Danish

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!