Connect with us

Hiburan

“Tahun baru ni kena kerja keras sikit. Kena buat byk kerja jgk” – Fad Bocey

Published

on

D54CFEB7 AC17 4F42 82BA 40457639DE10 Scaled

Negara dahulunya pernah sengsara ketika mula-mula terjadinya penyebaran peny4kit berbahay4 di seluruh dunia. Rakyat juga ramai yang kehilangan punca pendapatan dan terjejas akibat keadaan yang memaksa. Kini apabila fasa endemik mula diumumkan, mencari rezeki halal dan mampu menyara keluarga adalah lebih penting berbanding tanggapan orang lain.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Pekerjaan terbaru yang dilakukan oleh pelawak Fad Bocey ini telah mengejutkan ramai pihak. Tidak cukup dengan pekerjaannya sebagai pelakon, pengacara dan penyampai radio, ternyata Fad masih mahu mencari pekerjaan lain dan bekerja dengan lebih kuat lagi demi keluarga.

IMG 6917
Mula menempa nama dalam bidang hiburan dan menjadi pelawak, anak kelahiran Johor ini dahulunya telah menyertai rancangan realiti bertajuk Bintang Mencari Bintang. Berjaya meraih tempat kedua melalui kumpulan Bocik pada waktu itu, kini Fad lebih dikenali sebagai pelawak dalam kumpulan Bocey yang turut dianggotai oleh Achey dan 4rwah Abam pada mulanya.

Perjalanan tiga sahabat ini membawa nama kumpulan mereka sehingga menjadi terkenal sehigga sekarang tidaklah mudah. Mereka berdua telah berjanji untuk masih meneruskan legasi kumpulan Bocey tanpa insan hebat iaitu 4rwah Abam dengan Atu sebagai pengganti. Fad dan Achey dahulunya sangat terpuk0l dengan pemergian sahabat sejati mereka yang berlaku secara tiba-tiba.

IMG 6916

Sempena tahun baru yang sudah menjelang tiba, Fad telah memuatnaik gambar ke laman Instagramnya dengan berpakaian kostum penuh watak Spiderman. Dengan kapsyen mengatakan bahawa menjelangnya tahun baru ini, dia ingin bekerja lebih kuat dan keras lagi dan harus melakukan pelbagai pekerjaan lain termasuklah menjadi penghibur kostum animasi Spiderman.

Terhibur melihat gambarnya itu, ramai yang memberikan komen bahawa Spiderman yang berada dalam gambar terlihat agak lain dan sedikit berisi. Posting tersebut bukan sahaja menarik perhatian netizen dan peminat, rakan-rakan terdekat seperti Achey juga tidak ketinggalan untuk meningg4lkan komen pada gambar tersebut dan menyakatnya.

IMG 6918

Bukan bermaksud serious, ramai yang faham bahawa posting dari Fad itu hanyalah berbentuk gurauan semata-mata sahaja.

Mungkin Fad hanya mengikuti perkembangan semasa kerana filem Spiderman No Way Home kini yang sedang ditayangkan di pawagam telah mendapat sambutan hangat dari peminat filem-filem Marvel di Malaysia.

IMG 6920

Tapi tak salah juga jika Fad memang betul ingin menjadi penghibur kostum animasi di Malaysia ni. Pasti ramai yang berminat nak panggil Fad untuk setiap acara perayaan di rumah peminat. Mungkin boleh luaskan lagi variasi kostum bagi mengikut permintaan pelanggan.

Sumber: Instagram Fad Bocey

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!