Connect with us

Hiburan

“Pakaian tak melambangkan peribadi. Niat dihati yg penting” – Netizen

Published

on

Caprice atau nama sebenar beliau Ariz bin Ramli adalah seorang usahawan, penyanyi rapper, dan selebriti media sosial yang sering memberikan ceramah motivasi kepada para pelajar untuk berjaya dan mencapai cita-cita mereka. Caprice sangat aktif di media sosial dan sering menjadikan media sosial sebagai platform baginya untuk mengulas lanjut beberapa isu sensitif dan hangat diperkatakan di dalam negara.

Cara dan gaya Caprice mengulas lanjut isu yang sedang menjadi perdebatan secara positif juga telah menjadi identiti dirinya dan ulasan beliau itu juga sering menjadi rujukan buat orang ramai.

Dunia telah dikejutkan dengan p3rang di p4lestin dalam bulan ramadhan yang lalu. Oleh itu sebagai seorang yang aktif memperjuangkan islam dan rakyat P4l3stin, Caprice baru-baru ini telah membuat permohonan untuk ke G4z4 demi membantu rakyat P4l3stin yang terjejas di sana.

Usaha amal yang dilakukan oleh Caprice itu mendapat sokongan dan pujian ramai namun tanpa di duga ada golongan agamawan iaitu seorang ustaz mempersoalkan dan mempertikaikan bagaimana seorang individu yang mempunyai personaliti dan berpakaian seperti Caprice sebagai seorang personaliti media sosial dibenarkan menjalankan misi menghulurkan bantuan kemanusiaan itu ke P4l3stin.

Walaupun ustaz berkenaan tidak menyebut nama beliau, namun perkara tersebut telah sampai ke pengetahuan Caprice menerusi beberapa tanda yang dibuat oleh netizen di dalam video agamawan tersebut. Caprice bertindak balas dengan memuatnaik sebuah video terkini diinstagram, mengulas lanjut mengenai isu tersebut.

Menurut Caprice, beliau agak terasa apabila personaliti dan gaya beliau berpakaian dikritik. Beliau telah lama memperjuangkan nasib rakyat P4l3stin sejak dahulu. Caprice memohon maaf sekiranya pakaiannya tidak disenangi oleh ustaz berkenaan. Bagi beliau, tidak perlu mempertikaikan personaliti dan cara seseorang berpakaian asalkan seseorang itu mempunyai niat yang baik untuk membantu ummmah dan islam.

Caprice turut berkata beliau merasa sedih dan kecewa menerima kritikan tersebut. Sepatutnya ustaz tersebut tidak kisah bantuan berkenaan datang daripada sesiapa pun kerana musuh kita bukan orang islam tetapi orang yang paling banyak mengkritik datang daripada orang islam sendiri.

Rata-rata netizen juga menyokong Caprice dan memberikan kata-kata semangat buat Caprice kerana tidak  mahu Caprice paatah semangat dengan kritikan agamawan tersebut.  Berikut beberapa komen netizen.

Kasihan Caprice. Beliau hanya berniat baik untuk membuat kerja amal membantu saudara mslim di P4l3stin. Namun ada pula yang mempertikaikan pakaian dan personaliti dirinya. Semoga Caprice terus tabah dan kuat semangat. Masih ramai yang menyokong Caprice.

Sumber : ig caprice

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Facebook

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!