Connect with us

Hiburan

“Takpelah sy delete, sy akur kalau itu semua nak” – Dato’ Alha Alfa

Published

on

Menjadi seorang yang berpengaaruh di dalam sosial media ini bukanlah senang. Menjadi ‘influencer’ini harus berhati-hati dalam berkata-kata dan berhati-hati jika ingin berbuat sesuatu. Kerana melayani kerenah netizen ini tidak akan pernah ada pengakhirannya. Hati kena kental menerima apa jua kecaaman dan kriitikan yang bakal diberi oleh netizen dalan sosial media.

Sangat tidak dinafikan, usahawan terkenal, Dato’ Alha Alfa yang juga tidak ketinggalan menerima pelbagai kecaaman dan kritikan dari netizen di laman ignya. Ia adalah lumrah menjadi seseorang yang dikenali untuk banyak bersabar dalam melayan kerenah netizen.

Beliau selalu dilihat sering menolong orang-orang yang tidak berkemampuan di luar sana lebih-lebih lagi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan masih berterusan. Namun ada netizen yang tidak berpuas hati dengan beliau dengan mengatakan beliau hanya ingin menunjuk-nunjuk di sosial media.

Baru-baru ini beliau meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir netizen yang mengecam beliau menunjukkan gambar beliau membantu orang susah diluar sana.

View this post on Instagram

A post shared by www.alhaalfa.com (@alhaalfa)

Dato’ Alha berkata beliau rasa rakyat Malaysia lebih suka melihat perkara yang negaatif berbanding perkara yang baik-baik. Beliau berkata lagi bahawa jika perkara yang positif dipandang secara negaatif, maka negaatif juga di mata mereka.

Beliau juga menegaskan bahawa beliau sebagai ‘influencer’ hanya mahu menyebarkan perkara yang baik sahaja dan memberi semangat kepada yang berkemampuan untuk membantu yang memerluukan diluar sana. Beliau juga berkata beliau sudah memadam post berkenaan beliau membantu orang susah itu kerana itu adalah kehendak netizen.

Segelintir rakan-rakan artis beliau turut memberi komen yang meluahkan rasa kecewa mereka dan meminta Dato’ Alha bersabar dan teruskan sahaja membantu orang-orang susah diluar sana. Mereka juga meminta Dato’ Alha mengabaikan segala kata-kata tohmahan netizen kerana semuanya tidak memberi apa-apa kebaikan kepada beliau.

Begitulah manusia yang tidak akan pernah berpuas hati antara satu sama lain. Mungkin merasakan masing-masing adalah benar yang membuatkan mereka mahu menang juga dalam apa jua perbalahan. Seharusnya kita sebagai individu perlu buka minda tentang perkara ini kerana sememangnya orang yang susah memang sangat perluukan bantuan buat masa sekarang ini.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Facebook

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!