Connect with us

Hiburan

“Nangis Tyra Bank tgk Kak Ta catwalk dlm air”- Netizen

Published

on

World Wide24.com D5e0aff9b28775e13d74d136714b4587

Sejak mencecah usia emas, pelakon popular Rozita Che Wan tidak terlepas daripada menjadi perhatian netizen yang kagum dengan kejelitaan wanita ini yang masih lagi kekal menarik dan anggun pada usia tersebut. Rozita yang mesra dengan panggilan Che Ta sangat gemar melaram daripada usia muda dan sangat menjaga penampilan beliau sehingga kini.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Umur juga tidak menjadi faktor untuk beliau kurang melaram dan memilih untuk mengekalkan penampilan tersebut. Beliau juga memilih untuk menua secara semula jadi dan menolak sebarang s0ntikan kecantikan semata mata mahu untuk kelihatan muda dan lebih menarik.

World Wide24.com 812912c09e96b77ddb07b192ef45ecf5

Jelas Che Ta lagi, seorang wanita pada usia sepertinya semestinya akan mula berhadapan dengan masalah kedutan secara semula jadi dan itu adalah fitrah yang tidak perlu di takutkan.

Untuk rekod, Che Ta mendirikan rumahtangga bersama Zain Saidin yang juga merupakan seorang pelakon siri Oh My English pada 11 Disember 2013 iaitu hampir 10 tahun yang lalu.

World Wide24.com 612bb74d0e57e6a8dbd5aab13a1042e1

Hasil perkongsian hidup berdua, pasangan ini di kurniakan seorang anak perempuan bernama Aisyah Dhia Rana yang kini berusia 9 tahun. Che Ta juga memiliki dua orang anak lelaki hasil perkahwinan beliau sebelum ini iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.

Menerusi satu perkongsian di Instagram Che Ta, pelakon jelita itu memuatnaik satu video yang memaparkan beliau menginap di sebuah hotel dan sedang menolak makanan di dalam dulang yang di letakkan di dalam kolam renang hotel berkenaan.

Che Ta juga mengambil kesempatan untuk turut mempromosikan produk yang di jual olehnya menerusi apa jua hantaran di Instagram memandangkan platform media sosial menjadi perhatian utama netizen ketika ini.

Bagaimanapun gaya Che Ta di dalam video yang ketika itu sedang menolak dulang berkenaan sambil membuat ‘catwalk’ ala model di dalam kolam renang itu menarik perhatian netizen.

World Wide24.com 38b78bc42ac5541828f23e7404f799b9

Susok badan pelakon jelita itu yang tinggi lampai dan berjalan sambil menjinjit kaki membuatkan beliau tidak ubah seperti seorang model.

Rata rata netizen menulis komen di video tersebut meluahkan rasa cemburu kerana tidak cukup tinggi untuk berbuat demikian.

Netizen juga saling mengusik dan berkata mereka akan tenggelam jika cuba meniru Che Ta kerana tidak cukup ketinggian untuk berdiri sambil menolak dulang makanan di dalam kolam renang. Berikut di kongsikan komen komen netizen tersebut.

World Wide24.com 5197b010cb33c3405ccd158d6c4780d2

Ada sahaja konten yang menarik di kongsikan Che Ta di media sosial bagi mempromosikan produk perniagaan beliau.

Malahan konten tersebut juga berjaya menarik perhatian para netizen yang turut terhibur dengan gelagat Che Ta bersama suami dan keluarganya.

sumber : ig rozitachewan1

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!