Connect with us

Hiburan

“Memang dgn semua perempuan dia sweet lah maksudnya”- Netizen

Published

on

Picsart 22 01 31 10 10 49 183

Pelakon berbakat, Zul Ariffin antara jejaka berstatus bujang telah menjadi pilihan ramai peminat wanita di Malaysia. Dengan kulitnya yang sawo matang dan berbadan tegap, Zul Ariffin sentiasa dipilih memegang watak hero dalam sesebuah drama atau filem. Tidak kisah siapa saja pelakon wanita yang berganding dengan Zul Ariffin, pasti sesuai dan sepadan ketika berlakon bersama.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Namun, sejak akhir akhir ini nama Zul Ariffin menjadi sebutan ramai netizen dek kerana beberapa kontroversi yang melanda jejaka tampan ini.

Zul AriffinpCYyJRADBnpJ1

Dan sekali lagi Zul menerima kecaman daripada netizen apabila adegan mesra beliau bersama seorang pelakon wanita iaitu Nelissa Nizam.

Zul dikecam gara-gara aksi romantiknya bersama Nelisa ketika sesi bergambar bagi drama terbaru Tarik Kau Ke Syurga. Video mesra Zul bersama Nelissa yang dikongsi di Instagram telah menerima banyak teguran daripada netizen menerusi ruangan komen pada posting berkenaan.

Zul AriffinpCYVX1QihwLt1

Melihat pada video tersebut, Zul kelihatan mesra bersama Nelissa sambil berpegangan tangan ketika sesi bergambar bersama. Seolah-olah seperti pasangan yang sedang hangat bercinta. Namun ia hanyalah sekadar atas dasar kerja mereka sahaja.

Video berdurasi 22 saat itu yang dikongsi Zul di Instagram telah menerima tontonan sehingga mencecah satu juta selepas dimuatnaik Jumaat lalu.

Malah menerima kira-kira 1,300 komen dariapda rakan-rakan artis dan netizen. Rata-rata netizen menegur Zul supaya mengurangkan aksi mesra bersama pelakon-pelakon wanita.

Zul AriffinpCYN0AoehpVc1

Sementara itu, ada juga sebahagian netizen beranggapan Zul sememangnya sesuai untuk berlakon dengan mana-mana pelakon wanita dan berbakat dengan memegang apa saja watak utama yang dilakonkan.

“Zul ni bagi je siapa pelakon wanita tu mesti sesuai, hancus hati ku melihatnya, kena tengok cerita baru ni”- Netizen

IMG 20220131 101506

Ramai juga akui, Muka Nelissa sama iras dengan pelakon Ayda Jebat. Sekali pandang,memang sama macam muka Ayda Jebat lah..

Nampaknya ramai peminat Zul Ariffin kecewa lepas tengok video baru yang dikongsi Zul, namun ia hanyalah sekadar lakonan sahaja untuk drama terbaru. Tak sabar nak tengok drama terbaru lakonan Zul Ariffin dengan Nelissa Nizam ni.

Sumber: Instagram Zulariffin

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!