Connect with us

Hiburan

“Memang besok baru habis salam” – Hun Haqeem

Published

on

Sejak dahulu lagi kita sudah biasa dengan budaya berjabat tangan bagi menzahirkan salam perhubungan antara dua insan. Bukan sahaja dalam kalangan orang Melayu, bahkan di banyak negara di dunia ini melakukan perkara sama. Tapi jangan tak tahu, skang ni ada pelbagai stail berjabat tangan dengan penuh bergaya termasuklah oleh golongan artis muda seperti dikongsikan pelakon versatile ini.

Kalau ditengok kaedah dikongsikan aktor, Syafie Naswip ini, memang lain macam cara bersalaman golongan seangkatannya. Nama pun orang muda kan… mestilah ada kelainan yang dibawa.

Lihat saj4lah cara rakannya yang juga pelakon, Fimie Don atau nama sebenarnya, Shafimie Saedon ini bersalaman. Setiap orang daripada barisan rakan disalaminya ada keunikan sendiri.

Apa yang menarik perhatian netizen, Fimie mengingati setiap langkah berbeza untuk bersalaman dengan semua rakannya. Bahkan setiap rakannya itu akan mengikut cara bersalaman dengan kaedah yang sama dengannya.

Mana tidaknya bukan sahaja netizen, rakan artis sendiri men1nggalkan respons di ruangan komen. Antara menancap pandangan komen pelakon, Hun Haqeem yang popular dengan watak Jekfar dalam drama Kampung People.

Kata Hun, jika demikian cara bersalamannya, sampai esok pagi takkan habis. Ya tak ya juga. Perhatikanlah dari mula bersalam dengan rakan artis seperti Hun sendiri, diikuti Meerqeen, Syafie dan rakan-rakan lain, semuanya ambil masa.

“Shafimie Saedon memang kelakar”, “Style”, “HAHA payah pulakkk nak hafal satu satu”, “Yang obor2 tu xboleh tahan”, “Kabarnya sampai hari ni belum habis salam”. Itu antara komen netizen.

Apa pun memang ada gaya baharulah nak bersalaman kaedah anak muda ni ya. Difahamkan dalam kapsyen Syafie, mereka kemungkinan berstail demikian ketika menjayakan penggambaran Nenek Bongkok Tiga.

Hah.. kalau dah jadi ‘budaya’, ada mampu kita-kita nak ingat step cara bersalaman berbeza macam dilakukan mereka ni. Mencabar sungguh nak mengingat langkahnya ya. Apa pun tak kurang mengaguminya.

Untuk info, Syafie dan Fimie antara pelakon muda yang dikenali sudah terjvn ke bidang seni lakon sejak zaman kanak-kanak mereka lagi. Nampaknya bila dah dewasa ini makin berkembang lagi bakat mereka.

Sumber : IG Syafie Naswip

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!