Connect with us

Hiburan

“Mcm ni lah baru respect, tak takot tak make up”- Netizen

Published

on

Zahnita atau nama sebenar beliau Zahnita Dorothy Hussien Wilson merupakan seorang model dan juga pelakon. Lakonan beliau yang masih lagi di ingati sehingga kini menerusi filem Kuliah Cinta.

Wajah kacukan yang di miliki oleh Zahnita ketika itu menjadi dambaan dan kejelitaan pelakon tersebut juga sering di kaitkan dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza kerana memiliki wajah yang hampir seiras.

Selain menjadi pelakon, Zahnita juga menceburi bidang peragaan sebagai model fesyen peragaan serta model beberapa produk. Wajah beliau juga laris menjadi ‘cover’ majalah tempatan.

Zahnita mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan iaitu Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor. Hasil perkongsian hidup berdua pasangan itu di kurniakan empat orang cahaya mata.

Namun begitu, setelah beliau mendirikan rumah tangga, nama beliau semakin menyepi, baik dalam bidang lakonan mahupun peragaan untuk memberikan sepenuh perhatian kepada anak anak dan keluarga.

Perkongsian di Instagram pelakon itu, Zahnita ada berkongsi beberapa perkembangan terbaru mengenai kehidupan peribadinya bersama para peminat dan pengikut akaun Instagram.

Sebelum ini juga Zahnita pernah berkongsi gambar terbaru beliau bersama suami dan anak anaknya yang semakin membesar. Empat orang cahaya mata Zahnita juga semakin meningkat remaja.

Terbaru, Zahnita telah memuatnaik video beliau bersama seorang anaknya. Video yang di kongsikan oleh Zahnita itu memaparkan keadaan terkini diri beliau tanpa secalit solekan.

Video berkenaan mengejutkan netizen memandangkan netizen belum pernah melihat wajah pelakon tersebut tanpa sebarang solekan sebelum ini.

Walaupun video tersebut menerima pelbagai komen netizen namun, segelintir netizen masih kagum dengan kejelitaan Zahnita yang di sifatkan mereka seiring dengan usianya yang sudah menginjak 38 tahun.

Netizen juga memuji keberanian Zahnita yang jujur mengenai penampilan dirinya kepada para peminat dan tidak menggunakan sebarang solekan mahupun filter telefon bimbit ketika berkongsi video mahupun gambar di media sosial.

Netizen juga berpendapat Zahnita memiliki kecantikan semula jadi dan merendah diri dengan kejelitaan yang di miliki oleh beliau. Berikut di kongsikan komen komen netizen.

Zahnita pernah menjadi model rebutan kerana kecantikan beliau. Beliau juga memiliki kecantikan semulajadi yang masih lagi menyerlah sehingga kini.

Netizen juga memuji Zahnita yang tidak berselindung di sebalik solekan dan berg4ntung kepada filter telefon bimbit semasa berkongsi video mahupun gambar di media sosial.

Sumber: ig zahnita

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!