Hiburan
“MasyaAllah, gebunya comel macam Abang Bilal juga” – Netizen
Pasangan selebriti dan usahawan Neelofa Mohd Noor dan juga suaminya pndakwah bebas Haris Ismail membuat pengumuman rasmi menerusi media sosial bahawa mereka telahpun selamat menimang cahaya mata kedua merek pada hari selasa yang lalu sekitar jam 10.45 malam. Anak kedua Neelofa itu yang merupakan seorang bayi lelaki kini dalam keadaan sihat.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Pengumuman yang di kongsikan oleh Neelofa menerusi Instagram story itu antara lain meluahkan harapan beliau sebagai seorang ibu supaya anak keduanya itu membawa keberkatan kepada keluarga mereka.
Beliau juga mendoakan supaya bayi lelaki berkenaan menjadi anak yang soleh, berbakti kepada orang tua, berguna kepada agama, keluarga, nusa dan bangsa.
Neelofa juga memohon doa orang ramai untuk anak keduanya itu agar membesar dengan baik dan cerdas, di beri kesihatan dan umur yang panjang.
Sebagai seorang ibu bapa yang sudah mempunyai dua orang cahaya mata, Neelofa juga berharap untuk mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkan kedua dua orang anaknya itu.
Menerusi perkongsian di Instagram peminat Neelofa, satu hantaran gambar yang memaparkan Neelofa dan PU Riz bergambar kenangan bersama doktor dan bayi kedua mereka telahpun di kongsikan buat tatapan para peminat.
Gambar yang di kongsikan itu di tutup dengan emoji berbentuk hati berwarna biru namun begitu, kulit bayi berkenaan yang putih gebu masih lagi dapat di lihat.
Ada seorang individu yang berkata bahawa kulit gebu anak keduanya itu mirip sekali dengan kulit anak sulungnya Muhammad Bilal ketika masih bayi.
Mengintai keruangan komen, rata rata peminat mengucapkan tahniah di atas kelahiran berkenaan. Peminat juga mendoakan Neelofa dan anaknya itu di berikan kesihatan yang baik.
Bayi kedua Neelofa itu merupakan seorang bayi lelaki. Kini anak sulungnya Muhammad Bilal sudah mempunyai kawan untuk bermain bersama. Berikut di kongsikan komen komen netizen.
Sepertimana anak sulungnya Muhammad Bilal sebelum ini, Neelofa berkata, nama anak keduanya bakal di kongsikan dengan para peminat setelah 7 hari kelahiran nanti.
Sumber: ig lofa.redland
Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen