Connect with us

Hiburan

“Makin hensem dia, betul2 sebijik Ayah dia” – Netizen

Published

on

World Wide24.com 265ba04c808d7345f697697f6d0e2ff7

Nama pelakon Rita Rudaini sudah agak lama tidak muncul di kaca televisyen. Beliau berehat daripada dunia lakonan kerana sibuk menguruskan anak anak dan memberikan tumpuan terhadap peniagaan minyak wangi miliknya.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Namun baru baru ini pelakon berkenaan membuat kemunculan semula menerusi drama bersiri Kerasnya Takdir sekaligus mencetuskan buah mulut dalam kalangan orang ramai.

Watak yang di lakonkan oleh Rita di dalam drama berkenaan sebagai Sharifah Mastura di katakan terlalu s0mb0ng dan jahat membuatkan ramai yang kurang senang dengan beliau sehingga terbawa bawa hingga luar drama.

World Wide24.com 992ff3dc9c72e08d638c09be85143288

Ternyata penjiwaan watak dan lakonan yang di persembahkan oleh Rita menerusi watak Sharifah Mastura di dalam tersebut menyerlahkan kembali bakat lakonan beliau sebagai pelakon versatile.

Kemunculan beliau di dalam drama tersebut juga mengubati kerinduan para peminat beliau selama ini yang menantikan naskah lakonan terbaru daripada beliau selama ini.

World Wide24.com 5a8aa91a72cfeb48412fe7abdd108039

Menerusi hantaran terbaru Rita di Instagram, pelakon berkenaan memuatnaik satu video yang memaparkan sambutan hari lahir anak sulung beliau iaitu Airit Rayyan Rizqin bersama Rita Rudaini FC.

Bagaimanapun ketika anak sulungnya yang mesra di panggil Rayyan itu membacakan kad ucapan hari lahir yang di tulis oleh para peminat Rita Rudaini, ramai yang merasakan suara Rayyan yang sudah meningkat remaja itu saling tidak tumpah seperti suara bapanya Aidil Zafuan.

Sambutan hari lahir putera sulung Rita yang ke 14 tahun itu di sambut secara sederhana oleh Rita, anak keduanya Airit Qaqa Arjuna dan para peminat beliau di sebuah restoran. Kongsi Rita lagi, sepertimana tahun yang sebelum ini, kelab peminatnya itu tidak pernah lupa untuk meraikan hari lahir anaknya.

Rita juga merakamkan ucapan terima kasih kepada kelab peminat beliau itu kerana sentiasa tidak lupa untuk menyambut hari lahir anaknya. Para peminat Rita juga turut menyediakan kek dan kad ucapan untuk Rayyan.

World Wide24.com 1bef384691712cb9ee8257f124ff5f7a

Mengintai keruangan komen, netizen juga turut menulis ucapan dan doa sempena hari lahir Rayyan. Netizen juga berkata wajah Rayyan semakin meningkat remaja sangat seiras dengan wajah bapanya. Netizen juga sebak melihat ketabahan Rita dalam membesarkan anak anak selama ini.

Namun apabila mendengar suara Rayyan membacakan ucapan yang di tulis oleh peminat Rita di kad ucapan, netizen turut berkata bahawa Rayyan juga mempunyai suara yang sama seperti bapanya juga. Di serta kan di bawah antara komen komen yang di tulis oleh netizen.

World Wide24.com F690f3e187f0dd5df15afaa32dc2e0c8

Semakin membesar, semakin menyerlah ketampanan wajah Rayyan. Perkongsian video berkenaan mendapat 14,186 tanda suka daripada netizen.

Semoga Rayyan perolehi kejayaan dalam pelajaran dan menjadi anak yang soleh buat ibu dan abang yang mampu menunjukkan contoh yang baik buat adiknya Qaqa.

Sumber: instagram rita rudaini

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!