Connect with us

Hiburan

“Mak aihh, ingatkan bukak tudung tadi” – Netizen

Published

on

Eh tak sangka sanggup dia buka hijab pulak… Pasti ramai terkejut apabila pelakon comel pujaan ramai ni akan ‘sanggup’ berbuat sampai begitu bukan? Yang fikir sampai macam tu mesti netizen yang tak tengok video ni sampai habis. Rupanya ‘kembar’ Mira Filzah. Kata orang dalam dunia ni ada tujuh orang akan mempunyai wajah sama macam kita.

Gamaknya orang di sebelah Mira tu salah seorang daripada tujuh yang serupa wajah dengannya tu… Lihat saj4lah video yang dikongsikan Mira di medsosnya ini. Mulanya Mira menunjukkan diri dan mukanya.

Tiba-tiba keluar ‘Mira’ dengan gaya separa bertudung yang menampakkan sebahagian anak rambut dan leher. Maka, ramailah netizen yang terkejut. Nak pulak gaya senyuman, mekap dan kelibat tampak serupa.

Siapa sangka rupa-rupanya ‘Mira’ bukan mvslimah itu ialah Tracie Sinidol ya… Dia merupakan bekas peserta pertandingan pemilihan ikon Dewi Remaja 2022 oleh Kumpulan Media Karangkraf.

Kalau Mira tak bagi tahu dan mention dalam status hantarannya tu mesti orang memang ingat wanita tu pun Mira dengan gaya berlainan. Sekali imbas boleh pula tampak sama. Sebijik…

“Mak aih. Igt bukak tudung tadi”, “Ingt mira filzah dh free hair tadi”, “sama sangat i cannottt”, “Samaaa, dalam movie Celebrity pon muka hero1n sama dgn Mira”, “Sape mcm aku tibe2 terlopong jap igt mfmirafilzah nampak jambul tlg tekan like”.

“Lg sorang seoari__official_ crita “Celebrity” kat netflix…mmg sbijik mcm mira”, “Samaaa, dalam movie Celebrity pon muka hero1n sama dgn Mira”, “Mira, sila tengok kdrama celebrity. Hero1n, Soe A Ri nama dia, kenapa ntah asyik nampak muka mira”.

Itu antara komen netizen. Memang betul, saling tak tumpah sekali pandang macam Mira. Apatah lagi gamaknya jika Tracie bertudung macam Mira, mesti keliru juga netizen nak membezakan.

Terdahulu dalam kapsyen dikongsikan Mira, menurutnya Tracie seorang yang bersemangat dan gembira apabila dipelawa shooting bersama. Mira turut mengucapkan penghargaan kepadanya.

Dalam pada itu, banyak juga perkongsian netizen di ruangan komen hantaran Mira itu yang menyampaikan padanya yang wajahnya itu juga serupa dengan seorang pelakon hero1n Korea, Soe A Ri . Wah… ramai ya ‘kembar’ Mira…

Sumber : IG Mira Filzah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!