Connect with us

Hiburan

“Mak pulak pi tiup birthday cake orang tu” – Dato Chef Wan

Published

on

Erinsakura F3e5fb071a2f58d38dbf0b7b9236cf39

Dato’ Chef Wan, atau nama sebenarnya Chef Dato’ (Dr) Redzuawan bin Ismail merupakan seorang chef, pengacara dan pelakon yang terkenal di Malaysia. Selain daripada muncul di program-program masakan, beliau juga pernah membintangi beberapa buah filem di antaranya Lurah Dndam dan Soal Hati. Dato’ Chef Wan yang dilahirkan di Singapura pada 6 Januari 1958 ini pernah mengahwini sepupunya sendiri pada tahun 1982 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mohd Nadzri dan Serina.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Screenshot 20210519 141728

Walaubagaimanapun perkahwinan bersama Norhayati binti Ayub itu tidak kekal lama dan mereka mengambil keputusan untuk membawa haluan hidup masing-masing tidak lama kemudian. Bagi pengikut setia Dato’ Chef Wan pasti mereka tahu yang Dato’ Chef Wan sangat menyayangi ibunya yg mengidap peny4kit Dementia ini.

Dato’ Chef Wan juga kerap memuatnaik entri mengenai ibunya yg dikenali sebagai Cik Ani disamping perkembangan terkini kerjaya beliau di laman sosialnya itu.

Screenshot 20210519 161544

Mempunyai seorang ibu yang bakal meniti usia 90 tahun pada Oktober depan, pastinya ada sahaja aksi lucu yang berlaku sepanjang beliau menjaga ibunya itu..Baru-baru ini beliau dan kenalan meraikan sambutan hari lahir seorang sahabat, menariknya ibunya pula yg terlebih excited untuk meniup kek hari jadi itu.

Tercuit hati dengan insiden itu, para pengikut Instagram Dato mengatakan aksi lucu Cik Ani memang menggelikan hati dan mereka terhibur menyaksikan insiden lucu berkenaan.

Erinsakura 87e2e54329eb4d5efff5b7d516ab9b7a

Cik Ani sudah pun lanjut usia dan pada tahap ini sesetengah individu akan kembali ke alam kanak-kanaknya. Walaupun menuntut kesabaran yang tinggi, anak-anak haruslah berkorban dan tetap menjaga ibu bapa mereka dgn penuh kasih sayang.

Screenshot 20210519 162000

Tahniah Dato kerana menjadi tauladan yang baik buat kami semua.

Sumber: _chefwan58

Artikel ini disediakan oleh Cite Syok. Sebarang C0PY P4STE tnpa kebenaran, rep0rt utk c0pyright akn dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!