Connect with us

Hiburan

“Tak dapat Neelofa, Hawa pun boleh lah” – Netizen

Published

on

Zizan Razak atau nama sebenar beliau Mohd Razizan Abdul Razak memulakan kerjaya sebagai pelawak selepas mendapat tempat kedua dalam pertandingan Raja Lawak pada tahun 2007. Raja Lawak ialah sebuah rancangan realiti yang berkonsepkan pencarian bakat pelapis kepada golongan pelawak. Beliau seterusnya menubuhkan kumpulan Jozan bersama dengan tempat ketiga program realiti itu, iaitu Johan.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Zizan Razak bukan sahaja dikenali sebagai pelawak malahan beliau juga telah memperluaskan kerjaya ke bidang lakonan, pengacaraan dan nyanyian. Beliau juga aktif dalam bidang perniagaan.

Zizan sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan beberapa artis wanita namun hubungan mereka akhirnya tidak berpanjangan kerana tiada jodoh.

Menerusi muatnaik terkini instagram, Zizan berkongsi sebuah gambar seorang lelaki yang sedang mengayuh basikal mirip wajahnya. Beliau pantas memberikan reaksi terhadap gambar tersebut berserta caption lucu.

Menurut beliau, sekiranya ada aksi yang dilihat agak pelik pasti pelakunya kelihat mirip wajahnya. Caption beliau itu mengundang tawa daripada para pengikut beliau.

Perkongsian itu telah menarik perhatian beberapa rakan artis dan juga para netizen. Menariknya seorang wartawan yang wajahnya dikata sebagai kembar Neelofa iaitu Hawarizwana mngalkan komen di entri tersebut dan menyebabkan para netizen mula mengaitkan mereka berdua supaya berjodohan.

Melihatkan teman baiknya Johan yang sudah mempunyai 5 orang anak, pasti para peminat juga teringin melihat Zizan naik pelamin. Semoga jodoh Zizan dipercepatkan dan semoga yang baik-baik sahaja buat Zizan.

Sumber: zizanrazak869

Artikel ini disediakan oleh Cite Syok. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!