Connect with us

Hiburan

“Lelaki baju putih tu bakal menantu ke” – Netizen

Published

on

Erinsakura 5507dba416847f336ca2ecda7412478b

Abby dan Norman Hakim pernah mendirikan rumah tangga pada 2002 dan bercrai pada 2008. Sepanjang tempoh tersebut mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Mohammed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan juga Maria Danisha Hakim. Kini keduanya telahpun membawa haluan masing-masing dimana Norman telah pun berkahwin bersama pelakon Memey Suhaiza dan Abby juga telah bahagia bersama suaminya kini iaitu Jai Ezzany.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Walaupun pelbagai suka duka yang terpaksa dilalui namun akhirnya mereka menikmati rasa bahagia bersama anak-anak kerana berjaya berdamai.  Pengalaman berharga dalam hidup yang dilalui sebelum ini ternyata mengajar mereka erti saling menghargai dan bertolak ansur di antara satu sama lain supaya rumahtangga lebih harmoni dan sejahtera.

Erinsakura D85a609f024f5cc1c1114ee0b45d31ac

Seiring dengan perubahan masa, anak-anak mereka juga telahpun meningkat dewasa. Anak gadis Abby dan Norman iaitu Marissa Dania sentiasa menjadi perhatian di media sosial kerana mempunyai raut wajah yang manis dan cantik.

Peka dengan perubahan semasa dan perhatian yang diberikan oleh masyarakat terhadap anaknya, mereka berdua sentiasa memainkan peranan sebagai ibu bapa dengan bertindak untuk menasihati anaknya itu agar berhati-hati dalam berkawan supaya tidak terpeng4ruh dengan perkara yang negatif.

Erinsakura 48c9ab719afa0c470be6c89ee4559e8d

Menerusi muatnaik terkini di akaun instagram Memey Suhaiza, sempena meraikan hari lahir anak kedua Norman dan Abby iaitu Marissa Dania, keluarga ini berkumpul bersama untuk makan disebuah restoran makanan segera.

Menurut Memey lagi, Abby sebenarnya telah merancang untuk meraikan hari jadi anaknya itu pada hujung minggu namun suaminya Norman kebetulan mahu meraikan lebih awal memandangkan mereka dapat berkumpul bersama kerana beliau dan Abby mempunyai penggambaran untuk televisyen dan bakal muncul dalam sebuah rancangan televisyen berdua.

Turut kelihatan di dalam video semasa mereka makan bersama-sama ialah seorang lelaki berbaju putih duduk di sebelah Marissa Dania dan menarik perhatian netizen untuk bertanyakan mengenai perkara tersebut kepada Memey.

Ada segelintir netizen yang mula membuat andaian bahawa lelaki tersebut merupakan kawan istimewa kepada Marissa Dania dan mereka sekeluarga bakal menerima menantu.

Erinsakura Ac74f04b5fa377b00718be69a289b520

Erinsakura 38b045ec8357e6478ed68db665805fb0

Erinsakura 26cb3284d4e034301d66f08ece4afff4

Hubungan kekeluargaan diantara mereka semua sememangnya sangat erat dan sangat saling memahami. Walaupun telah berpisah, mereka masih terus memantau perkembangan anak-anak secara bersama.

Beruntungnya Marissa Dania dikurniakan kedua ibu bapa yang sangat sporting. Mudah-mudahan ada khabar gembira daripada keluarga ini tidak lama lagi.

Sumber : Instagram memeysuhaiza

Artikel ini disediakan oleh Cite Syok. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!