Connect with us

Hiburan

“Kita adalah rasa yang tepat di waktu yang salah” – Remy Ishak

Published

on

Erinsakura 65c76691c9bb2e6e775aff062ed82ac3

Setelah pelbagai desas desus timbul mengenai hubungan cinta Mimi Lana dan Syafiq Kyle, baru-baru ini Mimi telah mengesahkan hubungan cintanya dengan Syafiq telah terlerai sejak sebulan lalu. Enggan menyalahkan sesiapa, Mimi mengakui mereka berpisah selepas tiada lagi persefahaman. Walaupun mereka berdua sudah saling tidak mengikuti di laman Instagram. Hubungan mereka masih baik dan tidak pernah bermasam muka.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Kini fokus Mimi hanyalah untuk memajukan diri dalam bidang lakonan dan menganggap apa yang berlaku sebagai tiada jodoh.

Erinsakura Cd04e3908d6e81d51d488e2267e1bb94

Menyorot kisah kehidupan peribadi buat pelakon Remy Ishak pula, beliau sering dikaitkan dengan beberapa artis wanita yang bergandingan dengannya semasa berlakon di dalam drama yang sama sebelum ini. Namun hubungan tersebut tidak bertahan lama dan akhirnya berpisah.

Erinsakura 8e7228c4506b1f4cb6b5dc6a9b25325e

Terbaru menerusi akaun Instagram, Remy telah memuatnaik sekeping gambar beliau bersama Mimi beserta caption yang penuh dengan makna. Hashtag yang digunakan juga seolah menimbulkan tanda tanya kepada para peminat kedua pelakon itu memandangkan beberapa episod kisah peribadi berkaitan kedua-dua pelakon itu menjadi bualan hangat netizen baru-baru ini.

Mujurlah para peminat sudah terlebih dahulu mengetahui mengenai lirik lagu yang dijadikan caption di Instagram Remy itu. Rata-rata netizen menyukai caption yang ditulis oleh Remy dan berpendapat bahawa Remy juga agak sesuai berpasngan dengan Mimi.

Erinsakura B1473b40a88bc23b23ca1a1a5237592c

Erinsakura 7c11acfa68832399af3f4b4e3995c2f3

Sekiranya mereka berdua terlibat dalam penggambaran drama, rasanya ini kali pertama Remy dan Mimi bergandingan menjadi pelakon utama. Peminat pasti tak sabar untuk melihat keserasian gandingan ini pula. Sama-sama kita nantikan.

Sumber : Instagram remyishak

Artikel ini disediakan oleh Cite Syok. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!