Connect with us

Hiburan

“Macam orang lain, suara lain betul”- Netizen

Published

on

Nama pelakon dan pengacara Ain Edruce baru baru ini menjadi sebutan kerana satu insiden yang berlaku di majlis perkahwinan rakan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann. Tindakan Ain yang meminta rakannya itu menc1um suaminya di salah erti oleh netizen. Di sebabkan itu, beliau menerima ke3caman yang agak terus daripada netizen ekoran kejadian berkenaan.

Ain atau nama penuhnya Nurulain Edruce berkata pemintaan berkenaan sebenarnya merujuk kepada c1uman di dahi memandangkan beliau tidak sempat hadir ke majlis akad nikah Janna dan bukanlah seperti yang di fikirkan oleh netizen.

Ain bagaimanapun tidak mahu memanjangkan isu berkenaan apabila beliau membuat permohonan maaf sekiranya ramai yang kurang senang dengan perlakuannya di majlis berkenaan.

Umum mengetahui pengacara Melodi tersebut mempunyai sikap yang gil4 gil4 dan masuk air. Beliau juga sering memuatnaik hantaran video sering mengusik suaminya sehinggakan netizen juga sudah cukup memahami karakter dirinya yang suka bergurau.

Menerusi satu perkongsian di tiktok, seorang individu memuatnaik satu video lama yang memaparkan perubahan Ain Edruce dari awal pembabitan pengacara tersebut di dalam industri hiburan sehingga ke hari ini.

Terdapat perubahan ketara yang dapat di lihat pada wajah dan suara Ain dahulu jika di bandingkan dengan sekarang. Wajah Ain sebelum ini kelihatan sangat lembut dan mirip dengan wajah Bella Astillah. Manakala suara Ain juga berubah daripada suara yang halus dan lembut menjadi serak basah.

@freakbellaz

Suara ain dulu comel je after peti suara dia problem tu yang suara sekarang serak serak basah gitu 🫶 but still love the voice sesuai dgn character dia nowšŸ˜ #ainedruce #ain #amirulainedruce #ainedruce91

♬ original sound – Little B – Little B

Mengintai keruangan komen, para peminat yang mengikuti perkembangan Ain Edruce dari masa ke semasa berkata, ketika di awal pembabitan Ain Edruce di dalam bidang seni adalah sebagai seorang penyanyi. Ain juga berkebolehan dalam bermain gitar dan piano.

Bagaimanapun rezeki tidak menyebelahi Ain dalam bidang nyanyian apabila kotak suaranya di katakan pecah setelah menjalani satu pembe3dahan menyebabkan suaranya mengalami perubahan menjadi serak basah.

Di sebabkan itu, Ain lebih menonjol sebagai pengacara dan bidang pengacaraan menjadi keutamaan beliau kini. Malahan suaranya sekarang yang membentuk karakter, identiti dan membuatkan orang ramai lebih mengenali Ain.

Namun begitu netizen berpendapat, suara serak basah yang di miliki oleh Ain lebih sesuai dengan karakter beliau yang agak gil4 gil4 dan masuk air sekarang.

Identiti Ain lebih menyerlah apabila melalui suaranya sahaja orang ramai sudah boleh mengenal pasti empunya suara berkenaan adalah milik Ain Edruce di sebabkan suaranya yang unik tersebut.

Rata rata netizen berkata mereka tidak menyangka karakter Ain dahulu sangat ayu dan malu malu kucing yang mana sangat berbeza dengan karakter yang di bawanya sekarang. Antara komen komen yang di tulis oleh netizen di paparkan di bawah.

Memang nampak lain betul Ain dahulu jika di bandingkan dengan karakter dan penampilan beliau yang sekarang. Seolah oleh seperti seorang yang berbeza dan bukan Ain Edruce.

Namun begitu, semua yang berlaku ada hikmahnya apabila suara Ain yang sekarang lebih di sukai oleh netizen yang merasakan suara serak basah berkenaan lebih sesuai dengan karakter dirinya.

Sumber: tiktok little B

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!