Connect with us

Hiburan

“Pandainya Laura, baru 2 bulan dah nampak bakat menyanyi” – Netizen

Published

on

World Wide24.com A5265e4fd75b49f000bf7827c9fe0540

Kata orang mana tumpahnya kuah jika tak ke nasi. Bagi peminat dan pengikut penyanyi pujaan ramai ini pasti maklum akan dirinya yang baharu menimang cahaya mata keenam dua bulan lalu. Siapa sangka dikala usianya tahun ini mencecah 63, Datuk Jamal Abdillah dikurniakan rezeki seorang lagi cahaya mata comel yang diberi nama Rahil Laura Salsabila ini.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Jika lazimnya insan seusianya sudah menimang cucu, berlainan dengan Jamal yang melalui rutin berbeza apatah lagi mempunyai teman hidup, Datin Zai Izzati Khirrudin yang berbeza usia 36 tahun dengan dirinya.

World Wide24.com E7ae8a2904777a91dbd04a3dad70cc63

Sudah tentu mereka memiliki anak pada usia ini, ada keistimewaannya. Lihat saj4lah cara Raja Pop ini melayan Laura. Tenang-tenang saja sambil menyanyikan lagu Burung Kakak Tua buat si kecil itu.

Apa yang menarik perhatian netizen, umpama Laura pun sedang menyanyi dan berduet dengan bapanya itu walaupun baharu berusia 2 bulan. Menyanyi dengan ‘bahasanya’ sendiri pada umur begitu.

World Wide24.com 948efb5db04f2df18d5cea5c10ec8ae2

Macam comel saja bunyinya… Apa taknya, suara Laura pun macam daddynya, serak-serak basah macam tu… Kecil-kecil lagi dah pandai tunjuk bakat kan. Ramai percaya seperti dua abangnya, Laura pun sama…

Mesti Laura akan tunjuk bakat macam dua abangnya, Osama Yamani, 22, dan Ahmad Zaki Yamani, 17. Kedua mereka pun dah membuktikan kemampuan apabila bergelar juara pertandingan nyanyian Famili Duo baru-baru ini.

World Wide24.com 791b0253198ac242cc0c7a47ac4c52ff

“Suara baba bila berckp sma mcm osama la…patut bila nyanyi suara osama mirip baba”, “laura da tnjuk bakat tu”, “Comelnya.. Pandai nyanyi tu”, “Cerdiq nih Laura. Baru 2 bulan pandai interaksi”, “Pandai laura layan babah nyanyi ya…”.

“Pandainyaaa laura..dh nmpak bakatnya..baru 2bulan”, “Nnti besaq ikut jejak ni..”, “Bijak sungguh dh nmpk bakat menyanyi nya suara nya pun gharau2 sdp tu MasyaAllah Tabarokallah”, “Awal Laura asah bakat”.

World Wide24.com 32b33f2ee30fa855840d38d72d6160aa

Itu antara komen netizen. Laura dilahirkan pada 14 April 2023 lalu. Si kecil ini juga merupakan anak keempat Jamal dan Zai, di mana tiga lagi anak mereka, Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2, dan Iskandar Rayyan Yamani, 1.

Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017. Pada perkahwinan terdahulu, Jamal memiliki dua cahaya mata iaitu Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani.

World Wide24.com D0dccc2ef80e8004c60ebd8b4a7d3129

Sumber : IG ztkdja

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!