Connect with us

Hiburan

“Macam basuh kain disental ya” – Netizen

Published

on

Add A Subheading 1

Bukan semua orang sukakan haiwan ni walaupun ia manja dan comel. Mana taknya, tinja dan urinnya perlu sentiasa dibersihkan, kadang jika dibiarkan dalam rumah, bulusnya pula sepah merata. Jika tak jaga ia boleh mengundang kotoran. Tak semua mampu membelanya jika tak ada sifat rajin dan kasih pada si bulus macam apa dilakukan selebriti popular, Fasha Sandha ini.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Lihat saja cara dia membersihkan kucingnya yang diberi nama Kenit itu pun dah menerujakan netizen. Mana taknya, bersungguh-sungguh dia menonyoh kucing tu dibantu suaminya, aktor, Aidil Aziz.

Screenshot 20230216 1656592

Penuh satu badan si Kenit disabun dan diberusnya. Pasti bersih habis tanpa was-was lepas dimandikan tu… Agak mencuit hati, jika kucing lain biasanya akan meronta dibuat sedemikian, tapi tak bagi Kenit.

Elok saja ia menyerah diri dimandikan. Macam tau-tau saja yang memandikannya itu seorang primadona drama tersohor satu Malaya. Lucunya ramai pula mengusik mahu menjadi kucing tuu… Adeh…

Screenshot 20230216 1700572

“Kucing tu redha sbb Fasya yg tonyoh dgn gonyoh dia”, “Buat la apa saja.Kenit pasrah”, “Biasa kucing mencakau2 kalu bagi mandi ..untunglah kau kenit .. fasha sandha yg mandi kn kau”. Itu antara komen netizen.

 

Rupanya ada jua netizen yang perasan bahawa Kenit ialah kucing yang ditemui Fasha semasa dia sedang shooting sebelum ini, yang mana ia diangkut balik dan dibela dram4tis itu di rumahnya.

Screenshot 20230216 1657182

Fasha sendiri menyiyakan ketika ada netizen bertanya sama ada Kenit merupakan bulus yang ditemuinya sebelum ini. Wah… baik betul hati Fasha kan… mesti tak sampai hati tengok keadaannya sebelum ini.

Lihat dari luarannya, si bulus itu pun nampak masih kecil seakan usianya belum sampai setahun. Pasti masa jumpa tempoh hari dan diambil jadi kucing angkat, tubuhnya masih terlalu kecil dan lemah.

Screenshot 20230216 1234492

Dalam pada itu, dek kebaikannya terhadap haiwan tersebut, tak kurang netizen yang mendoakan agar Fasha sekeluarga sentiasa dilindungi dan diberikan kesihatan yang baik.

Ada juga mencadangkannya agar membuka pusat kebajikan kucing. Jika ramai buat kebaikan macam ni aman dunia. Apa pun kalau kita-kita ni bela dekat rumah jiran, jangan sampai najisnya menyusahkan orang lain pula ya…

Screenshot 20230216 1658152

Fasha nampak seperti sangat penyayang kepada kuciing. Tak semua artis yang suka kucing kan, cara fasha bercakap dengan kucing pun dah macam cakap dengan anak. Comel betul, semoga fasha sentiasa di permudahkan urusan

Sumber : IG Fasha Sandha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!