Connect with us

Hiburan

“Maaflah Dato tak class, mcm toto kt rumah atok”- Netizen

Published

on

Cc Ink 4

Nama usahawan Dato Seri Vida sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat. Beliau mula dikenali setelah menjadi penaja pertandingan nyanyian Gegarvaganza selama beberapa musim. Sikap beliau yang penuh dengan gelagat tersendiri berjaya mencuri perhatian orang ramai untuk mengenali dirinya dengan lebih dekat. Usahawan tersebut mempunyai gaya yang cukup unik dan tersendiri untuk mempromosikan produk beliau.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Turut mengikuti jejak langkahnya ialah anak perempuan beliau iaitu Cik B, yang juga kian aktif dalam berniaga. Cik juga mempunyai produk minuman dan makanan di bawah jenamanya sendiri.

Vida 8

Cik B pandai membawa diri apabila kini berdikari mengembangkan kerjaya dengan membuat penampilan sulung sebagai pelakon menerusi drama Lelaki Lingkungan Cinta serta mengeluarkan lagu single pertamanya yang berjudul Tolonglah Aku.

Menyingkap kehidupan peribadi Dato Vida, beliau pernah mendirikan rumahtangga dan mempunyai 4 orang anak. Bagaimanapun beliau kehil4ngan 2 orang anaknya dalam satu kebak4ran. Dato Vida kini membesarkan 2 orang anaknya iaitu Cik B dan Kacak sebagai seorang ibu tunggal.

Dato Vida 7

Memuatnaik video terbaru di Instagram, Dato Vida berkongsi aktivitinya di mana beliau menghadiri Anugerah Gempak Most Wanted anjuran sebuah stesen televisyen swasta. Menurut Dato Vida, beliau menghadiri anugerah berkenaan kerana tercalon menerusi kategori Top 5 Muzik Video Terbaik bagi lagu ‘Ku Ikhlaskan’.

Video yang di kongsikan Dato Vida itu memaparkan pakaian yang di sarung beliau ketika berjalan di acara ‘red karpet’ majlis berkenaan. Seperti kebiasaanya Dato Vida pasti mencipta kelainan dalam berfesyen. Apatah lagi bagi acara eksklusif seperti di Anugerah Gempak Most Wanted itu.

Mahu tampil lain daripada yang lain, Dato Vida memilih untuk menggayakan baju rekaan Behati. Pereka bagi jenama Behati sememangnya di kenali sebagai seorang pereka yang berfikir di luar kotak dalam menghasilkan rekaan sangat unik.

Kehadiran Dato Vida ke majlis berkenaan menarik perhatian netizen kerana fesyen yang di gayakan beliau menyerupai ‘comforter patches’ berwarna merah jambu terang. Tidak ketinggalan menemani Dato Vida di acara karpet merah juga ialah anak perempuan Dato Vida iaitu Cik B.

Dato Vida 3

Kelibat Cik B juga turut kelihatan di dalam video memakai baju seakan jubah berwarna hitam putih dan hiasan kepala berwarna merah. Pakaian yang di sarung oleh Cik B itu sebenarnya pernah di pakai beliau di dalam video klip lagunya ‘Ku Ikhlaskan’.

Menjengah keruangan komen, netizen memberikan pelbagai kritikan terhadap fesyen yang di gayakan oleh Dato Vida itu yang menyerupai cadar, selimut dan sebagainya. Namun begitu, kata netizen di sudut positifnya pakaian Dato Vida itu masih menutup aurat.  Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Dato Vida 2

Adakalanya baju yang unik ini lah yang boleh membuatkan seseorang menjadi sebutan netizen. Sangat unik pakaian yang di pilih oleh Dato Vida dan Cik B ini namun sesuai dengan karakter anak- beranak tersebut yang suka menampilkan kelainan dalam berfesyen. Yang penting menutup aurat.

Sumber: ig dato vida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!