Connect with us

Hiburan

“Jgn cari pasal bab makan dgn she. She all out” – Fitri Hiswady

Published

on

Cc Ink 5

Nabila Huda Suhaimi ialah seorang pelakon dan pengacara wanita di Malaysia. Beliau merupakan anak sulung kepada lagenda rock terkenal Datuk Amy Search. Nabila memulakan kerjaya lakonannya di awal usia remaja. Di awal penglibatannya, Nabila menguruskan kerjayanya sendiri dan belajar mengenai seni lakonan ketika berada di lokasi penggambaran. Beliau tidak hanya duduk bersama pelakon lain tetapi juga semua individu yang terlibat termasuk jurukamera dan penulis skrip.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Pada awalnya, beliau hanya di berikan peranan kecil dalam filem. Namun akhirnya kegigihan beliau terbalas apabila nama beliau mulai mendapat perhatian dan penghargaan daripada para peminat drama melayu.

Nabilaa Huda 6

Sepanjang kerjayanya, Nabila telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan di dalam kerjayanya sebagai pelakon. Menerusi lakonannya dalam filem Munafik, Nabila telah berjaya memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 28.

Menyingkap sisi peribadi pelakon ini pula, Nabila pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali. Beliau berkahwin dengan Zaidi Zailani pada 2008 dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Kesha Laila yang dilahirkan pada 2009. Namun pasangan ini memfailkan perc3raian pada 2011.

Nabilaa Huda 2

Nabila bertemu jodoh buat kali kedua pada 2015 dan telah sah bergelar isteri sekali lagi kepada Mohd Izwan Johar yang merupakan seorang pemilik kafe hipster.

Dedah Nabila sebelum ini, beliau meminati bidang masakan dan faktor itulah yang mengeratkan hubungan beliau dan suaminya. Nabila sering berkongsi resepi masakan di Instagram beliau.

Nabilaa Huda 5

Nabila juga berinteraksi dengan para peminat dengan memuatnaik video masakan di Instagram beliau bagi memenuhi permintaan peminat. Media sosial merupakan platform terbaik buat beliau menunjukkan bakat memasak buat tatapan para peminat beliau selain bakat lakonan.

Menerusi perkongsian terbaru Nabila di Instagram, beliau berkongsi satu rakaman daripada drama terbaru lakonan beliau. Dalam rakaman berkenaan beliau berlakon bersama pelakon lagenda Normah Damanhuri yang melakonkan watak sebagai ibu beliau di dalam drama berkenaan.

 

Di permulaan rakaman video tersebut, Nabila berlakon memarahi ibunya yang di lakonkan oleh Normah Damanhuri kerana tidak berpuas hati dengan lauk yang di masak oleh watak ibunya dalam drama itu.

Dek kerana kurang berpuas hati dengan babak memarahi Normah Damanhuri ketika itu, Nabila meminta di ulang semula lakonan untuk memberikan sepenuh jiwa terhadap babak berkenaan sehingga melayang pinggan yang di hidang di atas meja ketika itu.

Nabilaa Huda 3

Menjengah ke ruangan komen, rata- rata rakan artis dan netizen meningg4lkan komen terhadap video yang dikongsikan oleh Nabila itu. Ramai yang geram dengan watak yang di lakonkan oleh Nabila tersebut kerana mengasari ibunya sendiri.

Namun begitu, rakan- rakan artis yang lain pula menulis komen sebaliknya apabila mengusik Nabila menerusi watak tersebut kerana memarahi ibunya hanya kerana masakan yang kurang enak. Jom baca apa agaknya komen- komen mereka.

Nabila Hudaa 5

Bakat lakonan yang dimiliki oleh pelakon Nabila Huda sememangnya tidak mampu disangkal oleh sesiapa pun. Para peminat pelakon itu juga menggemari apa jua naskah drama mahupun filem yang dilakonkan oleh pelakon berkenaan kerana mampu menjiwai watak dengan baik dan berkesan.

Sumber : kupu_kupu

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu . Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

 

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!