Connect with us

Hiburan

“Lurve terok versi ni”- Netizen

Published

on

World Wide24.com 926f270f82f43c523a6bdd219062f03b Scaled

Ernie Zakri atau nama sebenar beliau Nur Ernie Shahirah Zakri merupakan seorang penyanyi terkenal di Malaysia. Pembabitan awal beliau dalam dunia seni apabila beliau menjuarai pertandingan nyanyian Bintang RTM pada tahun 2009. Namun begitu, sekitar tahun 2011 beliau menyepi seketika sebelum membuat kemunculan semula menerusi program Duo Star bergandingan bersama Syamel.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Pada tahun 2018, beliau bersama rakan duet Syamel yang kini merupakan suami beliau telah memenangi anugerah Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke 32. Ernie juga di berikan kepercayaan dalam menjadi pelatih dan guru vocal untuk peserta program Big Stage tahun 2018.

World Wide24.com 1c317f294987967e523773269ba1f5f7

Ernie mempunyai latar belakang keluarga yang mempunyai d4rah seni. Ibu Ernie, Rafiaah Mohamed merupakan sepupu kepada dua penyanyi tersohor negara iaitu Ziana Zain dan Anuar Zain. Manakala bapa Ernie pula iaitu Zakri Ahmad merupakan seorang pemain dram kumpulan Kilat.

Menyingkap kehidupan peribadi penyanyi bersuara lantang ini, beliau bertemu jodoh dengan pasangan duetnya iaitu Syamel setelah bekerjasama menerusi program Duo Star..

World Wide24.com Ea8f679bff5d52664011df665c483f22

Ernie dan Syamel selamat bergelar suami isteri pada bulan Mac 2021 dan di kurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Khawla Soleha pada 22 Februari tahun lepas

Beliau juga tampak semakin berseri dan bahagia dengan kehadiran Puteri Sulungnya Nur Khawla Soleha hasil perkongsian hidup bersama suami Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly. Ramai yang berkata bahawa Nur Khawla Soleha sememangnya copy paste wajah Ernie.

World Wide24.com Bed88d17ef4b3fb174f8a787f80f09c6

Malahan kedua-dua beranak itu mempunyai senyuman yang sama. Ernie yang sebelum ini berkongsi gambar bersama anaknya dalam Instagram menerima pelbagai pujian daripada warganet, malah ada yang menganggap pasangan ibu dan anak itu seperti kembar.

Ernie yang mempunyai sifat keibuan yang menebal pernah berkongsi bersama para pengikut bahawa beliau pernah terbayang mengenai kehidupan anak perempuannya itu pada masa akan datang setelah dewasa.

Sebagai ibu, Ernie tidak dapat mengelak daripada berfikiran terlalu jauh sehingga membayangkan anaknya itu mempunyai teman lelaki dan merancang untuk berkahwin pula. Bersempena ketibaan bulan syawal tidak lama lagi, lagu- lagu sudah mula berkumandang di radio dan juga platform youtube.

Buat Ernie, beliau menyambut usaha positif syarikat rakaman naungan beliau untuk memberikan nafas baru kepada lagu raya lama.

World Wide24.com 44615fd221506fc778f2ff96629dd5b1

Lagu dendangan Ernie yang berjudul Suasana Hari Raya itu juga mengembalikan nostalgia lagu lama dan beliau juga di puji kerana menyanyikan semula lagu raya lama tanpa banyak perubahan dan tidak merosakkan mood lagu hari raya.

World Wide24.com 73b35465504ec1b4d637189ebf852673

Menerusi platform youtube, para peminat dan warganet memberikan pujian buat Ernie dan rata- rata mereka respon yang sangat baik terhadap versi baru lagu raya berkenaan.

Sebagai seorang penyanyi professional, Ernie juga tidak banyak mengubah lagu berkenaan dan hanya mengolah lagu tersebut menjadi versi nyanyian beliau bertambah menarik dan sedap di dengari. Berikut di kongsikan komen warganet.

World Wide24.com 5e77982a8aef83890c810aeac9402ff5

Sebagai rekod, Ernie mempunyai lagu raya nyanyiannya sendiri iaitu berjudul Zapin Lebaran. Lagu raya berkenaan di rakamkan tahun lalu dan mempunyai elemen dan rentak tradisional melayu.

Lagu raya berkenaan juga menerima pujian sebagai lagu raya terbaik tahun lalu kerana Ernie memartabatkan tradisi melayu dalam lagu, pakaian dan tarian muzik video beliau.

World Wide24.com 1d87647e9c3a3b621f7af4f2fa43b958

Untuk Info juga korang yang ingin tengok full versi lagu raya muka kartoon ni korang boleh pergi ke youtube search seperti di atas. Memang merdu sangat versi Erni dengan mimik muka comel Erni itu sudah pasti buat ramai geram dan paling best vokal Erni memang tak pernah mengecewakan.

 

Sumber: Instagram ernie zakri

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu . Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!