Connect with us

Hiburan

“Siapa suruh ada MIL femes, c0mel lah Izara ni”- Netizen

Published

on

World Wide24.com 6db318f600a9bad35eb05b99b2692e25 Scaled

Pemilik nama asal Nik Izara Aishah Nik Izazurin atau lebih di kenali sebagai Izara Aishah di kenali sebagai seorang pelakon dan model wanita di Malaysia. Penglibatan awal Izara dalam bidang seni bermula sebagai seorang bekas peserta pertandingan Dewi Remaja sekitar tahun 2009/2010 seangkatan dengan usahawan popular Noor Neelofa, Syatilla Melvin dan Anzalna Nasir.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Beliau berjaya mendapat tempat ketiga dan kemudiannya mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejurus selesai pertandingan berkenaan sejak 2011. Izara juga muncul menjadi teraju utama menerusi drama bersiri Ombak Rindu dan turut telibat dalam beberapa telefilem dan filem.

World Wide24.com 4d5188916d1d212a1c3a4b8e1dabce76

Pada tahun 2021, Izara telahpun mengambil kepuutusan untuk memperlahankan aktiviti seni setelah beliau berhijrah. Ketika mengambil kepuutusan untuk berhijab, ramai para peminat beliau yang menyokong kepuutusan Izara berkenaan. Izara juga di sambar beberapa jenama pakaian muuslimah terkenal sebagai duta dan juga model.

Netizen menghidu perubahan Izara berkenaan apabila pelakon tersebut mula memuatnaik gambar- gambar berhijab. Tindakan Izara memadam gambar lama tidak bertudung di instagramnya juga sekali gus memberi bayangan bahawa isteri kepada Adib Khalid ini sudah mengenakan hijab secara kekal.

World Wide24.com 8b92f3616cad79a1dd5446491b6a6f1f

Mengiyakan tanda tanya sudah bertudung, Izara bagaimanapun enggan terlalu larut bercerita mengenai perubahan diri. Menjadi seorang yang di kenali ramai tidak mudah buat pelakon ini. Izara berkata dirinya jug takut apabila perubahan positif itu menerima pujian melambung daripada peminat.

Sebagai seorang yang tidak gemar bercerita mengenai perihal peribadi, ujar Izara lagi dirinya sememangnya kurang selesa apabila perubahan dirinya itu seolah terlalu di perbesarkan. Malahan peminat juga menaikkan semula hantaran gambar beliau berhijab di pelbagai medium media sosial.

World Wide24.com 675324bd666f4f7d3c46be4f3d3f5add

Walaupun sudah memperlahankan aktiviti seninya, namun nama Izara masih lagi menjadi sebutan para peminat. Beliau juga aktif di pelbagai medium media sosial.

Menerusi satu perkongsian di Instagram radio Sinar, satu hantaran sedutan video siaran langsung Izara bersama para pengikut beliau telah di kongsikan sebagai hiburan warganet.

Siaran langsung Izara bersama para pengikut beliau mencuit hati warganet apabila pelakon jelita itu bertindak menulis satu memo bagi menjawab persoalan yang sangat kerap di tanya oleh para peminat di ruangan komen sampai penat Izara nak menjawab jawapan yang sama.

Yela Izara kan menantu kepada artis nombor satu negara sudah tentu tempiias itu akan kena juga kepada Izara

World Wide24.com 1f4251c56d377bdc168337e52b11777f

Antara soalan berkenaan adalah mengenai anak perempuannya Alaia, ibu mertuanya Dato Seri Siti Nurhaliza yang mesra di sapa Tokti dan juga birasnya yang juga pelakon Tya Ariffin. Menurut beliau, ibu mertua dan birasnya berada di rumah masing- masing.

Sementara itu, beliau pula berada di rumahnya sendiri dan anaknya pula berada di dalam bilik berasingan ketika beliau membuat siaran langsung tersebut.

World Wide24.com 506d2d796b82a51956543745e50a31f8

Menjengah keruangan komen pula, rata- rata netizen terhibur dengan tindakan Izara tersebut yang sedaya upaya menjaga hati warganet dengan menulis memo untuk memaklumkan netizen yang kerap bertanya soalan sama.

Menurut netizen lagi, Izara pastinya penat menjawab soalan yang sama namun begitu Izara melayani pertanyaan peminat kerana ada juga yang mengugut sehingga mahu membnvh diri sekiranya soalan tersebut tidak di jawab oleh Izara. Berikut di kongsikan komen netizen.

World Wide24.com 867673e9297e446dd7e734fe633488e8

Sebagai rekod, Izara mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Adib Khalid yang merupakan anak tiri kepada penyanyi tersohor negara Dato Seri Siti Nurhaliza dan ahli perniagaan terkenal Dato Sri Khalid Mohamad Jiwa. Izara dan Adib di satukan pada 17 November 2017 dan di kurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 15 April 2020.

World Wide24.com 16673aa7f222b170326d1e6cdd30eac9

Jika korang perasan Izara sering hidekan ruangan komen instagramnya mungkin tak suka dengan komen komen yang membosankan ataupun komen yang membuatkan emosi dia tak stabil ataupun memang ada alasan tersendiri. Apa apa pun huhungan Izara dan tokti malah birasnya juga sangat baik sehinggakan mereka sering nampak ootd bersama dan outing bertiga.

Sumber: Instagram sinar_my

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu . Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

 

 

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!