Connect with us

Hiburan

“Knapa lagi tertarik tgk Janna dan Dini dari pengantin, aura pengantin diorg lagi kuat” – Netizen

Published

on

World Wide24.com 195add790b887936c33060f7b012ea0e

Tarikh 18 Ogos telah menjadi tarikh yang paling bersejarah buat pelakon utama drama Jodohku Baby Sitter iaitu pelakon Intan Najuwa apabila pelakon wanita itu memilih tarikh berkenaan untuk menamatkan zaman bujang.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Hanya dengan sekali lafaz Intan Najuwa telah selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan iaitu Datuk Ahmad Asraf Azman petang tadi.

Pemilihan tarikh pernikahan pada 18 Ogos juga adalah bersempena tarikh hari lahir pelakon K3kasih Rela Paksa itu yang menginjak genap usia 26 tahun hari ini. Angka dua menjadi pilihan sebagai simbolik tempoh dua tahun perkenalan antara Intan dan suaminya yang berusia 39 tahun itu.

World Wide24.com 8649b6133f6ea15912281b2c9d2e676a

Majlis pernikahan pelakon wanita itu berlangsung meriah pada jam 6.35 petang di sebuah resort di Pantai Desaru Johor. Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abd. Wahid telah menerima mas kahwin yang bernilai RM20,000 dan hantaran berjumlah RM222,000.

Pasangan mempelai dinikahkan Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia iaitu Datuk Dr. Haji Nooh Gadot. Difahamkan, majlis resepsi kedua akan diadakan pada malam esok Rimbunan Event Space Johor Bahru.

World Wide24.com 55b7d5bd7a29ea4d143aa39ff3a2a6f2

Majlis pernikahan pelakon itu mencipta kelainan dan keunikan tersendiri apabila mengambil tema sempena empat unsur alam.

Intan yang diijabkabulkan pada hari kelahirannya itu tampil menyerlah dalam persalinan busana rekaan pereka fesyen terkenal Fizi Woo yang berona putih dan sedondon dengan suami.

Antara beberapa rakan artis yang terlihat menghadiri majlis pernikahan pelakon itu adalah rakan seperjuangan Intan dalam bidang lakonan iaitu Janna Nick dan suaminya Dini Schatman.

Menerusi perkongsian di Instagram Janna, pelakon itu memuatnaik beberapa video dan gambar sekitar majlis pernikahan rakannya Intan Najuwa dan suami buat tatapan para pengikut akaun Instagram beliau.

Di ruangan kapsyen hantaran berkenaan, Janna Nick mengucapkan tahniah buat Intan Najuwa dan suami dan mendoakan rumahtangga yang baru di bina itu berkekalan sampai syurga dan bahagia sentiasa.

World Wide24.com A8f223ae2925737ec1a48a47d5742e69

Mengintai ke ruangan komen, rata rata netizen berkata mereka lebih tertarik untuk melihat Janna dan suaminya Dini berbanding pasangan pengantin yang sebenar.

Netizen juga merasakan seri pengantin Janna dan Dini juga masih menyerlah semasa merakamkan gambar kenangan bersama pengantin.

Apatah lagi pula Janna dan Dini juga masih lagi dalam fasa honeymoon dan juga boleh di katakana masih merupakan pasangan pengantin baru kerana baru saja melangsungkan pernikahan sekitar bulan Jun yang lalu. Berikut di kongsikan komen komen netizen.

World Wide24.com D85205e1c2d8f52f49fecd8d2eee5c97

Berseri seri tengok Janna setelah bergelar isteri. Memang aura pengantin Janna dan Dini menyerlah sangat. Biasalah pasangan tengah bahagia memang nampak naik seri pengantin baru.

Sumber : ig janna nick

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!