Connect with us

Hiburan

“Kesian Ustaz jadi segan nak dok lama, makan pun tak” – Netizen

Published

on

World Wide24.com 090150a26fd1066be90fa93480dd1493

Sudah menjadi kelaziman kita membaca doa pada sesuatu majlis apatah lagi pada majlis perkahwinan. Syukurlah jika majlis istimewa itu dihadiri golongan alim ulama apatah lagi mereka dapat membacakan doa untuk mempelai, mudah-mudahan mendapat keberkatan. Selebriti popular, Janna Nick dan pasangannya, Dini Schatzmann antara yang beruntung, penceramah agama disegani, Ustaz Wadi Annuar antara yang hadir di majlis mereka.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Begitupun lain pula perkara ditimbulkan netizen susulan kehadirannya di keraian itu apabila majlis pasangan sama cantik sama padan itu dikatakan lebih mirip kepada budaya barat. Seakan kehadirannya ‘menghalalkan’ acara.

World Wide24.com 944a467f21b2754c942456374f425b11

Tak duduk diam, barangkali sedar cakap-cakap belakang yang ditimbulkan netizen… Ustaz Wadi dalam perkongsiannya di TikTok beberapa jam lalu menerangkan akan kehadirannya di majlis tersebut sekadar memenuhi jemputan.

Kata Ustaz Wadi ketika sampai pengantin belum tiba dan dia dijemput membacakan doa. Hanya selepas beberapa ketika baharulah pasangan tersebut muncul.

Melihat pengantin barulah dia memaklumkan kepada pembantunya untuk pulang.

World Wide24.com A3cea2b2df5d1d414e664ac7e13870ae

Itupun selepas menunggu pengantin berucap. “Apabila melihat ‘keadaan begitu’, dia membuat kepvtusan untuk bangun dan memaklumkan kepada tuan rumah untuk balik, tanpa sempat menjamah terlebih dahulu.

@wardatulsakinah_

ustaz Wadi anuar beri penjelasan isu di majlis perkahwinan Janna nick..semoga netizen jgn bersangka buruk dan terus doakan yg baik2 saja utk ustaz kesayangan rakyat Malaysia #ustazwadiannuar

♬ original sound – Nana Bella – Nana Bella

Katanya cara itulah yang diajar oleh agama, tak menimbulkan persepsi negatif, selain tak menjatvhkan tuduhan dan ftnah. Mengapa dia mahu beredar cepat, tak pula diterangkan lanjut Ustaz Wadi selain hanya menyebut ‘keadaan’ itu.

World Wide24.com 9056d7783bf43bc54417f0c91b845919

Susulan penjelasannya, ramai pula netizen yang meluahkan rasa. Ada menyifatkan tuan rumah juga harus mengikut situasi tetamu jemputan terutama orang alim yang hadir, selain mengikut sensitiviti sepatutnya.

“Kesian ustaz jd segan nk dok lama, mkn pun x, ustaz sgt terbaik…respect ustaz sgt2”, “Dah agak msti akan jd isv bla tgk video ustaz kat majlis tu. Tp apa pun penjelasan ustaz terbaik…”, “Ustaz tak cerita pun kami boleh fhm ustaz ni”.

World Wide24.com 52bca8ced4c54f12868ed53b7b92a958

“Kdg x fhm tuan majlis yg mnjemput pon… klu dh jemput org alim, pastikan laa majlis tu patuhi syarak sbaik-baiknya.. x mengunang ktdselesaan org lain”, “Kesian dekat ustaz dan ulama ulama, byk dugaan dan fitnah akhir zaman ni…”.

Itu antara komen netizen. Menariknya tak kurang netizen di ruangan komen mengambil positif apa yang berlaku dan menyifatkan ia menyebabkan lebih ramai mendapat ilmu baharu juga. Ustaz Wadi pun tak menyebut nama sesiapa.

World Wide24.com 4ca85c08c9ef12cb9b74ec41175628bc

Sumber : TikTok wardatulsakinah_

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!