Connect with us

Hiburan

“Kenapa aku rasa Hael yg dulu lagi elok maskulin”- Netizen

Published

on

World Wide24.com 4891820b4b42d9ffef0c44d4980d163b

Penampilan terbaru penyanyi Hael Husaini kerap di perkatakan dek kerana penampilan beliau yang kelihatan berbeza berbanding sebelum ini. Penampilan pelantun lagu Jampi dan Haram berkenaan  di katakan menyerupai bintang K-Pop sehingga ada yang mendakwa beliau menggunakan teknologi moden demi untuk mendapatkan bentuk wajah dan kulit putih melepak seperti artis Korea yang kerap di panggil ‘oppa’.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Mengulas lanjut isu berkenaan, Hael berkata beliau tidak pandai berfesyen atau melaram. Malahan imej dan penampilan beliau selama ini semuanya ditetapkan oleh penata gaya.

World Wide24.com 57753599a86b53e9a44ba544579198dc

Sebelum ini, menerusi sebuah temu bual Hael Husaini memaklumkan dirinya tidak berniat untuk meniru wajah seakan selebriti Korea sebaliknya hanya mengikut sahaja kepuutusan pihak pengurusan beliau.

Secara peribadi kata Hael lagi beliau sendiri sebenarnya tidaklah terlalu obses dengan kecantikan. Namun begitu sebagai selebriti, beliau akur dirinya perlu sentiasa menjaga penampilan.

Malah sebagai selebriti, dengan adanya bantuan penata gaya, peluang untuknya bekerjasama dengan jenama antarabangsa juga semakin terbuka luas.

World Wide24.com 90baed9275e6c0861715d41e21dcc3ea

Baru baru ini Tiktok telah mengadakan satu acara untuk menganugerahkan para selebriti TikTok serta pempeng4ruh media sosial yang memuatnaik konten-konten mereka di platform berkenaan.

Anugerah berkenaan juga di berikan sebagai tanda menghargai usaha mereka dalam memuatnaik konten- konten yang memberikan manfaat kepada masyarakat.

Menerusi satu perkongsian terbaru di Instagram xtra my, satu video yang memaparkan kehadiran selebriti berkenaan ke acara tersebut telah di kongsikan buat tatapan para peminat Hael.

Hael di lihat memakai seluar hitam dan menyarung baju berwarna kelabu bagi acara karpet merah di majlis tersebut. Kehadiran Hael adalah kerana dirinya juga tercalon sebagai finalis serta beliau juga di jemput untuk membuat persembahan bersama selebriti media sosial Gaston Pong.

Uniknya persembahan Hael bersama Gaston itu, mereka berdua menyanyikan lagu Hael sendiri yang berjudul Hati namun lagu berkenaan di nyanyikan dalam pelbagai Bahasa.

World Wide24.com F2da0bf02e84c1d20427422074973bf7

Menjengah keruangan komen, penampilan Hael itu menerima beberapa reaksi daripada para netizen. Ada segelintir netizen yang memberikan reaksi kurang senang dengan penampilan terbaru Hael itu memandangkan wajahnya menunjukkan perbezaan yang begitu ketara berbanding wajahnya sebelum ini.

Selain kulit wajahnya yang semakin cerah, badannya juga semakin kuruus dan tatarias penampilan beliau juga berubah secara total berbanding dahulu.

Penampilan terbaru Hael itu lebih sinonim dengan para selebriit daripada negara Korea. Malahan netizen juga hampir tidak mengenali Hael di sebabkan perubahan berkenaan. Berikut di kongsikan komen komen daripada netizen.

World Wide24.com 769d92b9f2cba7b87f7110a168483d7f

Menurut Hael gaya tatarias beliau kini di uruskan oleh syarikat pengurusan, jadi beliau hanya mengikut apa sahaja yang di tetapkan oleh penata gayanya.

Ramai netizen yang berkata mereka lebih menggemari dan merindui penampilan Hael yang terdahulu berbanding penampilan terbaru beliau.

Sumber: ig xtra_my

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!