Connect with us

Hiburan

“Kalau tgk rasa macam kat, hmm speechless” – Sharifah Shahirah

Published

on

Add A Subheading 10

Umum maklum dengan kejadian banjir teruk terutama di Selangor dan beberapa negeri di Semenanjung pada masa kini. Di sesetengah kawasan pula air kian surut dan mngsa banjir kembali ke kediaman mereka bagi membersihkan tempat tinggal yang bersisa. Bagi yang tidak terkesan, barangkali bernasib baik. Pun begitu ada pula yang sebaliknya.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Jika sebelum ini, bencana alam seumpamanya amat menghiris hati hingga ada kehilangan ny4wa dapat kita lihat berlaku di negara-negara jiran, kali ini ia berlaku di negara ini.

S6

Lihat sahajalah perkongsian oleh pelakon, pelawak dan pengacara, Sharifah Shahirah atau lebih mesra dipanggil Shiera ini, hingga ramai seakan tidak percaya kesan musibah boleh terjadi sebegitu sekali.

Laluan dipenuhi lumpur dan selut. Bangunan rumah retak dan ada menyembah bumi. Perkakas dan perabot yang rosak akibat ditenggelami air diletakkan di tepi-tepi rumah menyebabkan keadaan seakan berada di kawasan yang musnah selepas ‘perang’.

S7

Yang pasti Shiera sendiri menulis di kapsyen statusnya itu bahawa ‘tak terkata’ melihat keadaan sekeliling selepas banjir melanda. Di ruangan komen hantaran beliau itu tak kurang yang meminta bantuan berkaitan banjir dan mengharapkan pertolongan tertentu bagi memulihkan keadaan tersebut.

Memanfaatkan akaun peribadinya, di ruangan posting beliau ramai meluahkan paling diharapkan mngsa adalah bantuan lori roro untuk membersihkan sampah berupa perabot dan perkakas semua tu. Mereka mengharapkan lebih cepat bantuan mungkin lagi bagus.

S5

Apa tidaknya, ramai yang risaukan keadaan jika lambat dibersihkan lokasi sedemikian akan muncul pula masalah berbau kurang menyenangkan, menjadi sarang nyamuk hingga mengundang penyakiit atau bertukar sebagai sarang binatang berbisa.

Tak kurang ramai yang memberikan komen di posting Shiera itu mengakui permasalahan yang timbul dan tak kurang mengakui jika mengikut misi bantuan ni sepanjang jalan seperti dikongsikan Shiera itu pasti boleh menangis dibuatnya. Apatah lagi jika melihat sendiri di depan mata.

WhatsApp Image 2021 12 23 At 12.52.46

Dalam pada itu, ramai yang mengucapkan penghargaan kepada menantu pelakon veteran Maria Arshad itu kerana kerap update keadaan semasa mengenai banjir dan menitipkan doa buat Shiera sekeluarga dipermudahkan segala urusan.

Jika meninjau hantaran perkongsiannya sejak banjir melanda, isteri kepada pelakon Ijoy Azhari ini memang prihatin berkongsi rezeki dan aktif membantu mngsa banjir.

Syukurlah selain Shiera, ada beberapa artis lain seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Azhan Rani, Didie Elias, Nabila Huda, Khiriah, Adam Corrie dan ramai lagi juga dilihat melahirkan simpati serta membantu mngsa.

S8

Sumber : Ig Sharifah Shahirah

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!