Connect with us

Hiburan

“Kalau blh jgn ikut Aeril dan Wawa ni, Aeril terlalu manjakan bini dia” – Netizen

Published

on

Tugas sebagai seorang suami bukan sahaja bertanggungjawab melindungi isteri malah mereka juga berhak untuk memberi sepenuh perhatian kepada isteri. Begitulah indahnya sebuah perkahwinan. Seperti pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, mereka cukup popular dengan gelaran ‘pasangan romantis’ walaupun sudah mempunyai tiga cahaya mata. Aeril dan Wawa sentiasa berkongsi video romantis yang mencuit hati di laman Instagram.

Namun, kemesraan hubungan suami isteri antara Aeril dan Wawa ‘dicemburui’ salah seorang individu apabila menegur Aeril terlalu memanjakan isterinya. Komen tersebut tenyata menarik perhatian Aeril sehingga memuatnaik komen tersebut di laman instagramnya.

Komen individu tersebut yang dikongsi Aeril telah menerima pelbagai reaksi menerusi ruangan komen. Rata-rata netizen mengecam tindakan individu tersebut yang sesuka hati mengeluarkan kenyataan berkaitan agama yg tidak benar.

Selain netizen, rakan-rakan artis turut mngalkan komen positif buat Aeril.

“Habis takkan nak manjakan bini jiran? Abang confuse”- Zahiril Adzim

“Busuk hati overload ni, its alright let them be. May Allah SWT keep us blessing u and family with happiness”- Sharifah Husna

View this post on Instagram

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

Posting yang dimuatnaik Aeril telah menerima hampir 3,000 komen dan 48,000 tanda suka.

Amboi, apa salahnya Aeril manjakan Wawa. Dah nama suami isteri kan, itu antara salah satu tanggungjawab suami kpd isteri.

Sumber: Instagram Aerilzafrel

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Facebook

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!