Connect with us

Hiburan

“Dia yg cina xde pntg lrg ni pun reti nk buat silent relationship, tak mnunjuk romntik ciium ketiak bagai” – Netizen

Published

on

Erinsakura 355a7042437c98c77506e4def7c13763

Elizabeth Tan atau mesra di sapa Lizzy mula dikenali melalui saluran youtube. Beliau sering menyanyikan beberapa lagu saduran sebelum ini dan suara beliau sering mendapat pujian ramai pendengar. Bakat beliau dikesan oleh penyanyi Faizal Tahir dan akhirnya mengambil Lizzy bernaung dibawah syarikat rakaman beliau. Lizzy akhirnya muncul dengan beberapa lagu yang popular sehingga namanya mula dikenali ramai.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Mempunyai wajah yang jelita dan tinggi lampai, penyanyi ini mempunyai ramai peminat di kalangan lelaki. Baru-baru ini beliau telah mengejutkan para peminat apabila mengambil keputusan untuk berkahwin secara rahsia.

Erinsakura Cd1cb414de49a76b7599356f578e4e5a

Sebelum ini Lizzy pernah berkongsi bahawa beliau dan suaminya tidak tinggal sebumbung kerana masing-masing masih tinggal bersama keluarga mereka sendiri.

Suami Lizzy yang dikenali sebagai Siew Jim atau lebih mesra di panggil Jim yang juga merupakan seorang doktor kini bertugas di Sabah.

Erinsakura Be1720f86c10d1e09507f72f4523f762

Terkini menerusi satu video yang dikongsikan oleh Lizzy, beliau telah memuatnaik aktiviti beliau bersama suami menjawab pelbagai soalan yang diterimanya menerusi instagram.

Sesi soal jawab berkenaan telah menjawab beberapa persoalanan yang selama ini bermain di fikiran para peminat seperti bagaimana Lizzy berjumpa suami dan berapa lama mereka telah berkenalan.

Ketika ditanya mengenai majlis perkahwinan mereka yang dibuat secara rahsia, Lizzy memberitahu bahawa mereka tidak mempunyai ramai kenalan untuk dijemput. Oleh itu mereka mengadakan majlis berkenaan secara kecil-kecilan dengan menjemput ahli keluarga terdekat dan sahabat baik. Tambahan pula mereka perlu mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Erinsakura 6effa76e81f74f78182ccbe95753eea6

Sebelum Lizzy berkahwin, ruangan instagram Lizzy sering dihujani komen nakal daripada para peminat lelaki. Menjawab soalan berkenaan, suami Lizzy berkata beliau tidak kisah mengenai komen tersebut.

Malahan Lizzy berkata suaminya bersikap terbuka mengenai respon para peminat yang hanya ingin berkomunikasi dengan beliau di media sosial.

Erinsakura Befc07cdb88cd735ef0955e0e90644f7

Ekoran daripada video yang dimuatnaik oleh Lizzy, netizen telah memberikan reaksi yang pelbagai. Namun rata-ratanya ramai yang memuji hubungan mereka berdua sebagai suami isteri yang bersikap sangat bersederhana dan tidak terlalu menonjol menunjukkan kemesraan mereka sepertimana pasangan artis yang lain setelah berumahtangga.

Erinsakura 995eb402c5a32ce613c2cc5e992ea274

Berbicara mengenai soal anak, Lizzy berkata mereka tidak merancang untuk mempunyai anak dalam masa terdekat memandangkan mereka berdua masih tinggal berasingan dan kini sedang focus dengan kerjaya masing-masing.

Lizzy juga berkata beliau dan suami perluukan masa yang sesuai untuk merancang mengenainya. Sepadan betul Lizzy dan suami. Ramai juga kata suami Lizzy ada Korean look. Mesti comel anak mereka berdua nanti.

Sumber : ig Elizabeth Tan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!