Connect with us

Hiburan

“Renungan mata dia tu boleh nampak betapa rindu sgt kat Arw4h” – Netizen

Published

on

Cc

Tahun lalu orang ramai dikejutkan dengan berita pemergian pelawak terkenal kumpulan bocey iaitu Abam Bocey atau nama sebenar beliau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan. Pemergian mengejut beliau juga bukan satu perkara yang mudah untuk diterima oleh sesiapa sahaja terutamanya buat ahli keluarga, isteri dan satu-satunya anak lelaki beliau iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Paling terkesan tentulah isteri Arwh Abam iaitu Siti Nor Hidayah atau Dayah yang perlu memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu dan ayah kepada Hamzah. Hamzah yang ketika itu baru berusia beberapa bulan sudah tentu tidak memahami dan belum mengerti situasi yang perlu dilalui oleh mereka.

Hidayah Abam 4

Memandangkan kini Hamzah sudah semakin membesar dan mencecah usia dua tahun, Hamzah sudah mulai bertanya mengenai bapanya. Dayah mengambil pendekatan untuk menjelaskan situasi sebenar agar Hamzah faham dan menerima bahawa bapanya sudah tiada lagi bersama mereka.

Hidayah Abam 3

Menerusi instagram Dayah telah kongsikan video terkini keadaan Hamzah ketika melihat wajah bapanya itu di kaca televisyen.

Ketika ahli keluarga yang lain bertanyakan siapakah yg kanak-kanak itu lihat di kaca televisyen, Hamzah menjawab bahawa individu berkenaan adalah “ayah saya”. Mata Hamzah juga kelihatan sebak seolah sedang merindui ayahnya itu.

Netizen juga dapat merasai perasaan rindu kanak-kanak tersebut dan turut bersimpati dengan nasib Hamzah yang telahpun kehilangan seorang bapa pada usia yang masih kecil. Terlalu singkat masa Hamzah dapat bermanja dengan bapa tersayang. Berikut dikongsikan beberapa komen netizen.

Hidayah Abam 5

Sebak melihat kanak-kanak yang masih kecil seperti Hamzah belum puas bermanja dengan bapa tersayang. Walaupun Hamzah membesar tanpa bapa, namun Hamzah beruntung kerana masih ramai peminat arwh Abam yang sering mengambil berat mengenai kebajikan kedua-dua anak beranak berkenaan.

Semoga Hamzah membesar menjadi anak yang soleh dan mampu membahagiakan ibunya apabila dewasa kelak.

Sumber : ig hidayah_abam

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!