Connect with us

Hiburan

“Jenuh kena tunggu setahun lagi nak tgk muka Abdullah Abbas”- Netizen

Published

on

World Wide24.com D85c30676e79bf749cb529141b37e48e

Setelah mengumumkan telah melahirkan putera keduanya pada 11 Julai yang lalu, Neelofa turut menepati janji beliau kepada para peminat apabila mengumumkan nama anak keduanya setelah 7 hari kelahiran. Nama yang di pilih Neelofa dan suaminya itu adalah berdasarkan beberapa hadis nabi yang menyebut mengenai kebaikan dan maksud yang baik di sebalik pemilihan nama berkenaan.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Neelofa dan suaminya Haris sepakat memilih nama Abdullah Abbas buat putera kedua mereka itu dan memohon doa orang ramai supaya mendoakan anak mereka membesar menjadi anak yang soleh dan taat kepada ibu bapa.

World Wide24.com 310384ff48632e4a2d46d526b9ce0adc

Pengumuman nama Abdullah Abbas turut di muatnaik bersama hantaran sekeping gambar anak sulungnya Muhammad Bilal bersama adiknya itu.

Tersentuh dengan kapsyen Neelofa yang menggambarkan kasih tulus seorang ibu buat anaknya, netizen juga memuji pemilihan nama yang di berikan oleh Neelofa dan suami buat anak keduanya itu.

World Wide24.com A2261fadc042e01906f437f4622c76a1

Netizen turut memuji perkongsian Neelofa di ruangan kapsyen yang berkongsi ilmu serta hadis nabi yang menjelaskan mengenai pemilihan nama anak keduanya.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram Neelofa, usahawan tersebut memuatnaik beberapa keping gambar yang memaparkan suasana di hspital ketika menyambut kelahiran anak keduanya Abdullah Abbas.

Ahli keluarga terdekat seperti ibu bapa Haris dan juga ibu kepada Neelofa iaitu Datin Noor Kartini turut kelihatan di dalam gambar yang di kongsikan. Mereka hadir untuk menyambut kelahiran cucu lelaki, Abdullah Abbas.

Neelofa juga meluahkan ucapan penghargaan di ruangan kapsyen terhadap mereka yang telah hadir dan banyak membantu beliau semasa kelahiran putera keduanya tempoh hari.

World Wide24.com B470ee9c2b076da1edbdcca140933b86

Tidak lupa Neelofa juga berkongsi gambar beliau merakamkan kenangan bersama kakitangan hspital yang juga telah membantu beliau semasa di hspital.

Menjengah ke ruangan komen, rata rata netizen meningg4lkan ucapan tahniah buat Neelofa di atas kelahiran cahaya mata keduanya itu. Netizen mendoakan anak kedua Neelofa itu semoga membesar menjadi anak yang soleh buat kedua ibu bapanya.

World Wide24.com B973a4720de4384ad15801deaf403766

Namun begitu, ada segelintir netizen yang meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan Neelofa yang mengaburkan wajah Abdullah Abbas yang ketika itu di dukung oleh nendanya Datin Noor Kartini.

Tindakan Neelofa yang tidak berkongsi wajah Muhammad Bilal sebelum ini juga membuatkan netizen tersebut beranggapan terpaksa menunggu hampir setahun lagi untuk melihat muka Abdullah Abbas pula. Berikut di kongsikan komen netizen berkenaan.

World Wide24.com D5a1687fc850fc02cef194939630a003

 

Terdahulu, ketika kelahiran anak sulung Neelofa iaitu Muhammad Bilal, Neelofa mengambil tindakan untuk tidak mendedahkan wajah anaknya itu sehingga sentiasa menjadi persoalan kpd para netizen.

Neelofa menjelaskan beliau hanya ingin melindungi anaknya daripada ‘peny4kit ain’ dan meminta netizen menghorm4ti pendiriannya itu.

Sumber: ig neelofa

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!