Connect with us

Hiburan

“Halah- halah, mak dia pun tak reti duk diam, mcm2 gaya” – Netizen

Published

on

ADF3ABD3 6F99 4DBF 9356 C2CDE48F48F6 Scaled

Pemilik nama Siti Adira Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Adira memulakan kerjaya seni setelah menyertai rancangan reality Akademi Fantasia. Anak kelahiran Ranau, Sabah ini merupakan anak bongsu daripada 8 adik-beradik. Adira seterusnya berjaya dinobatkan sebagai naib juara Akademi Fantasia musim kelapan. Adira juga membuat keputusan untuk berhijrah dan mulai bertudung pada Ogos 2014.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Adira banyak menyanyikan lagu- lagu yang menjadi OST drama dan filem sehingga beliau di gelar sebagai Ratu OST. Adira juga di kenali sebagai pasangan duet kepada Hafiz Suip dan banyak merakamkan lagu bersama.

Adira Suhaimi 4

Menyingkap kehidupan peribadi penyanyi ini, Adira merupakan isteri kedua kepada Datuk Red dan merupakan madu kepada Datin Seri Sharifah Norshafila atau lebih di kenali sebagai Datin Red di media sosialnya.

Adira mendirikan rumahtangga pada 3 Disember 2015 dan hasil perkongsian hidup bersama Datuk Red, Adira di kurniakan empat orang anak iaitu Anggrek, Asan, Anggun dan Ayoub.

Adira Suhaimi 8

Sejak bergelar ibu, Adira lebih memberikan tumpuan dan perhatian kepada aktiviti anak- anak dan keluarganya berbanding menjayakan jemputan serta terlibat dengan aktiviti seni.

Namun begitu walaupun beliau mengurangkan aktiviti seni demi memberikan tumpuan buat anak- anak, ada sahaja perkongsian terbaru beliau di media sosial bersama anak- anak untuk mengubati kerinduan para peminat.

Media sosial pelantun lagu Ombak Rindu ini juga tidak pernah sunyi dengan konten. Malahan gelagat beliau bersama anak- anak juga sangat melucukan dan menghiburkan para peminat beliau.

Menerusi ruangan komen, rata- rata netizen berkata mereka tidak pernah bosan untuk mengikuti apa jua konten terbaru yang di muatnaik oleh Adira memandangkan ada sahaja gelagat melucukan yang di lakukan oleh beliau dan anak-anak terutamanya jika bersama anak sulungnya Anggrek.

Adira Suhaimi 11

Gelagat Adira yang menghiburkan bersama anak- anak turut membahagiakan para peminat beliau yang gembira melihat kehidupan penyanyi kesayangan mereka ini setelah mendirikan rumahtangga.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen terhibur dengan tindakan Adira yang mengusik anaknya Anggrek di dalam perkongsian video terbaru di instagramnya itu.

Anggrek yang berusia 6 tahun itu juga cukup pandai berlakon dan memberikan kerjasama dengan memberikan reaksi dan mimik muka yang bersesuaian dengan kehendak konten yang di rakamkan oleh ibunya. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Adira Suhaimi 2

Sepanjang berkahwin, Adira jarang berkongsi mengenai madu mahupun suaminya. Namun baru- baru ini Adira memuatnaik satu video mesra bersama madunya meluangkan masa bersama untuk menghadiri acara pertunjukan fesyen oleh pereka terkenal Datuk Radzuan Radzwill.

Ramai yang memuji tindakan Adira yang pandai mengambil hati dan menjaga dirinya sebagai isteri kedua. Netizen juga memuji hubungan baik di antara Adira dan madunya.

Sumber: Instagram adirasuhaimi

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu . Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

 

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!